Annuar yakin sepenuhnya klip audio Anwar, Zahid tulen

April 8, 2021 · Politik

Tan Sri Annuar Musa menyatakan keyakinan ketulenan klip audio yang tular adalah suara milik Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Bekas setiausaha agung Barisan Nasional (BN) itu berkata sudah mendengar 10 kali dan yakin mengecam suara dalam audio klip tersebut adalah Anwar dan Zahid.

“Setakat saya buat pengecaman suara itu saya, pasang 10 kali.

“100% suara tulen bukan orang buat-buat. Ia sangat mengecewakan saya,” kata Annuar dalam sidang media hari ini.

Ekoran pendedahan klip audio tersebut juga, Annuar juga tidak menolak UMNO Bahagian Ketereh akan menarik balik sokongan yang sebelum ini diberikan kepada Zahid untuk tidak menyokong UMNO bergabung Anwar dan DAP.

Terdahulu, Agenda Daily melaporkan berhubung satu klip audio suara mirip Anwar dan Zahid sedang berbincang strategi politik ketika PAU baru-baru ini.

Dalam klip audio tersebut, Zahid memuji Anwar dengan menyifatkan beliau sebagai ‘cikgu’ yang mengajarnya dalam memberikan ucapan hebat. Anwar sememangnya terkenal dengan kehebatan berdebat dan pidato.

Perbualan antara Presiden PKR dengan Presiden UMNO itu sangat mesra dengan kedua-dua mereka saling bertukar-tukar pandangan berhubung ucapan para perwakilan UMNO semasa Perhimpunan Agung UMNO 2020 (PAU) berlangsung.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024
Walaupun tewas banyak kali, Ahmad Said antara calon dicadang tanding PRK Kemaman
October 12, 2023
UMNO Bangi tak pernah dijemput, tapi boleh pula Noraini ajak wakil DAP
May 17, 2021
Lagi Politik terkini
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
9 jam lalu · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok