Amanah takut kalah PRN, PRU, kata Khaled Nordin sindir Salahuddin

January 16, 2022 · Politik

Parti Amanah Negara (AMANAH) takut kalah dalam pilihan raya sebagaimana yang berlaku terhadap Pakatan Harapan (PH) di Melaka dan Sarawak baru-baru ini, sindir Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Khaled Nordin

Pada masa sama, Khaled membayangkan tidak menjadi masalah sekiranya AMANAH atau PH menarik sokongan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau menyifatkan ugutan Timbalan Presiden AMANAH, Datuk Seri Salahuddin Ayub, bahawa parti itu akan menarik sokongan kepada Ismail Sabri jika Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor diadakan, bukan demi kepentingan rakyat.

“Ugutan Salahuddin sebenarnya bukan demi kepentingan rakyat. Tetapi kerana PAN takut menghadapi pilihan raya dan menerima kekalahan. Kekalahan PH dalam PRN Melaka dan Sarawak telah sangat menghantui PH.

“Sama ada perlu atau tidak PRN Johor adalah sesuatu yang terpulang kepada budi bicara Kerajaan Negeri Johor dan Istana Johor. Segala ugutan dan ancaman dari PH bukan faktor penentu untuk membubar PRN,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, Salahuddin mengancam untuk menarik balik sokongannya kepada Ismail Sabri jika PRN Johor diadakan.

Salahuddin dilaporkan berkata beliau tidak akan teragak-agak untuk menarik balik sokongannya terhadap memorandum persefahaman (MoU) kerjasama dua parti antara PH dan kerajaan jika PRN Johor diadakan.

Bagaimanapun difahamkan jika AMANAH atau PH menarik sokongan itu sekalipun, ianya belum cukup untuk membolehkan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) diadakan.

Ini kerana Amanah hanya mempunyai 11 Ahli Parlimen (MP) di dalam Pakatan Harapan (PH) yang mewakili 90 kerusi di Dewan Rakyat.

Sebaliknya Ismail Sabri mendapat lebih 114 sokongan Ahli Parlimen daripada 222 kerusi Dewan Rakyat, kecuali jika MP UMNO sendiri mengkhianati Perdana Menteri dan kerajaan campuran Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) sekarang, sebagaimana yang pernah dilakukan terhadap kepemimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin tahun lalu.

Mengulas lanjut, Khaled yang juga bekas Menteri Besar Johor berkata disebabkan ugutan sedemikianlah PRN Johor dan Pilihan Raya Umum (PRU) wajar dilaksanakan segera.

“Tiada Kerajaan boleh diugut sedemikian pada setiap masa dan dalam setiap keadaan. Mengadakan PRN Johor bukan satu tindakan tidak bertanggungjawab.

“Malah, inilah sebenarnya tanggungjawab. Kita mesti mengembalikan mandat kepada rakyat apabila kerajaan berada dalam kedudukan yang terlalu rapuh dan tidak stabil. Bukannya terus menerus berkeras bahawa kita mempunyai kuasa apalagi bila terpaksa meminta sokongan pembangkang,” katanya.

Khaled berkata BN sentiasa bersedia untuk menghadapi PRU dan membentu kerajaan baharu tanpa perlu sokongan PH.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024
Walaupun tewas banyak kali, Ahmad Said antara calon dicadang tanding PRK Kemaman
October 12, 2023
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024
Lagi Politik terkini
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
11 jam lalu · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok