Akar umbi UMNO Kuala Pilah isytihar sokong PN

August 6, 2023 · Politik

Beberapa orang pimpinan UMNO peringkat cawangan bahagian Kuala Pilah, Negeri Sembilan mengumumkan sokongan terhadap Perikatan Nasional (PN), malam tadi.

Naib Ketua Cawangan UMNO Kampung Cheriau, Mahadi Ishak menyuarakan sokongan itu dalam ceramah kempen pilihan raya di DUN Pilah, lapor Harakah Daily.

Dengan nada sebak beliau berkata tindakan itu adalah terjemahan kepada perjuangan dan pengorbanan mereka demi bangsa dan agama.

“Dengan ini kami dari Cawangan UMNO Kampung Cheriau dan Kampung Parit mengisytiharkan sokongan terhadap Perikatan Nasional tanpa berbelah bahagi bagi menghadapi PRN tidak lama lagi.

“Ini adalah kerana Allah itu matlamat kami, Rasul ikutan kami, Al-Quran perlembagaan kami, jihad jalan kamim dan mati dalam menegakkan agama Allah adalah cita-cita kami paling utama,” katanya sambil disambut laungan takbir.

Mahadi menzahirkan sokongan itu bersama-sama dengan 12 orang lagi ahli cawangannya.

Selain Mahadi, turut menzahirkan sokongan ialah Syed Ahmad Arafat yang merupakan Naib Ketua Pemuda Cawangan Kampung Parit bersama-sama dengan 20 orang pengikutnya yang terdiri daripada anak-anak muda.

Mereka turut menyerahkan memorandum sokongan yang diterima oleh Timbalan Pengerusi PN Negeri Sembilan yang juga merupakan calon parti itu bagi DUN Pilah, Cikgu Rafiei Mustapha.

Program ceramah yang berlangsung di Bilik Gerakan Utama PN DUN Pilah tersebut turut menampilkan Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria.

Berita berkaitan
Bukan Rafizi saja salah tapi PMX juga gagal memimpin negara, kata Tun Faisal kepada Puad
September 29, 2023· Politik
Puad sindir Rafizi gagal tawar formula luar biasa
September 29, 2023· Politik
Zahid umum peruntukan semasa PRN tidak pula dianggap rasuah? soal Ahmad Fadhli
September 29, 2023· Politik
Satu negara harga barang naik, kenapa tumpu jualan murah di Pelangai? soal ADUN Beserah
September 29, 2023· Politik
Popular
Puad sindir Rafizi gagal tawar formula luar biasa
September 29, 2023
Bukan Rafizi saja salah tapi PMX juga gagal memimpin negara, kata Tun Faisal kepada Puad
September 29, 2023
Penyandang jawatan ’Top 5’ kekal, tiada pertandingan pada Muktamar PAS: Takiyuddin
September 29, 2023
Kerusi presiden PAS dan timbalan dipertanding, bukan macam UMNO
January 10, 2023
Lagi Politik terkini
Penyandang jawatan ’Top 5’ kekal, tiada pertandingan pada Muktamar PAS: Takiyuddin
September 29, 2023 · Politik
MP DAP sudah diambil keterangan berhubung video tafsir al-Quran: Ayob Khan
September 29, 2023 · Politik
Jawatan Presiden PAS dan Timbalan berkemungkinan tiada pencabar: Sanusi
September 27, 2023 · Politik
Kerajaan guna isu 3R untuk elak dikritik dan bermotif politik: Dr Mahathir
September 27, 2023 · Politik
Kerusi Kemaman: PAS akan teliti sama ada merayu atau tidak keputusan mahkamah
September 27, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tak wajar polis pantau PN setiap jam, ganggu kempen calon
3 jam lalu
[VIDEO] Dakwaan Menteri jejas pelancongan, boleh ke Langkawi pakai seluar pendek
September 27, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok