Ahli UMNO keluar parti, itu hak masing-masing : Loke

May 18, 2023 · Politik

DAP tidak melihat kehadiran mereka ke Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan 2023 sebagai satu isu hingga mencetus ahli UMNO itu keluar parti seperti yang digembar-gemburkan.

Setiausaha Agong DAP, Anthony Loke berkata kehadiran DAP di bangunan yang sinonim dengan bangunan keramat UMNO itu sebagai sebahagian kerajaan perpaduan.

“Saya tak dengar pun ada ahli parti itu (UMNO) tunjuk protes (keluar parti). Itu hak masing-masing, saya tak tahu. Sama ada mereka nak protes atau sebaliknya, itu terpulang.

“Pada hari itu, seperti yang kita nyatakan dengan jelas, kita bukan membawa topik parti kita tapi perhimpunan kerajaan perpaduan. Ahad lalu itu adalah satu himpunan yang merangkumi semua kekuatan dalam kerajaan.

“Sebab itu kita tidak pakai uniform parti masing-masing. Semuanya berbaju putih untuk menunjukkan kesatuan dan masing-masing hadir dengan satu semangat bahawa kita hendak mendukung kerajaan perpaduan tanpa melihat topik politik masing-masing.

“(Walaupun) saya hadir sebagai Setiausaha Agong DAP, saya berucap sebagai seorang pemimpin dalam kerajaan perpaduan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada satu program di Seremban, hari ini.

Baru-baru ini, Presiden Muafakat Nasional (MN) yang juga bekas pemimpin kanan UMNO, Tan Sri Annuar Musa dilapor meramalkan UMNO akan terus ditolak pada Pilihan Raya Negeri (PRN) dan Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Kata Annuar, kehadiran puak sosialis liberalis DAP ke WTCKL pada Ahad lalu itu akan mendorong jutaan rakyat termasuk ahli UMNO meninggalkan parti itu.

Mengulas lanjut, Loke berkata dakwaan tersebut tidak memberi kesan kepada gabungan Pakatan Harapan dan Barisan Nasional (PH-BN) dalam kerajaan perpaduan.

“Macam-macam dakwaan tapi saya dengar dakwaan itu daripada orang yang sudah keluar daripada UMNO, itu terpulanglah,” katanya.

Berita berkaitan
Zahid bawa UMNO tumpang rezeki DAP: Wan Saiful
6 jam lalu· Politik
DAP dan PKR dijemput ke Perhimpunan Agung UMNO, kata Asyraf Wajdi
6 jam lalu· Politik
UMNO, DAP, PKR alliance – Towards marital bliss or total disaster?
June 1, 2023· Rencana
Pengundi Melayu digesa keluar mengundi pada PRN, kata Dr Mahathir
May 30, 2023· Politik
Popular
Proklamasi Orang Melayu: Tun M disiasat polis
June 2, 2023
Dr M sedia bekerjasama dengan Muhyiddin tapi tidak dengan Anwar
June 1, 2023
Muhyiddin sedia kerjasama semula dengan Tun M
June 2, 2023
DAP dan PKR dijemput ke Perhimpunan Agung UMNO, kata Asyraf Wajdi
June 2, 2023
Lagi Politik terkini
Proklamasi Orang Melayu: Tun M disiasat polis
3 jam lalu · Politik
PN boleh tawan Selangor dengan formula satu lawan satu
4 jam lalu · Politik
Aysraf tegur Puad kritik Rafizi
4 jam lalu · Politik
PRN: Bersih gesa SPR buka permohonan undi pos segera
6 jam lalu · Politik
Muhyiddin sedia kerjasama semula dengan Tun M
6 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Perikatan Nasional tak serang peribadi saya macam PH-UMNO
23 jam lalu
[VIDEO] Khairy akan bertemu Muhyiddin dalam masa terdekat
June 1, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok