Ahli Parlimen Alor Setar kini Ketua Pemuda PAS baharu

October 19, 2023 · Politik

Ahli Parlimen Alor Setar Afnan Hamimi Taib Azamudden, menang tanpa bertanding jawatan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat bagi penggal 2023-2025.

Afnan Hamimi yang sebelum ini merupakan Timbalan Ketua Pemuda, menggantikan bekas ketuanya Ahmad Fadhli Shaari yang tidak mempertahan jawatan itu, selepas sepenggal menerajui sayap kanan parti berkenaan, menurut laporan Bernama.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manjoi, Perak Mohd Hafez Sabri dipilih sebagai Timbalan Ketua Pemuda, manakala Muhammad Hanif Jamaluddin selaku Naib Ketua Pemuda dengan masing-masing juga menang tanpa bertanding.

Keputusan pemilihan itu diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Muktamar PAS Datuk Dr Abdul Halim Tamuri, dalam Muktamar Dewan Pemuda PAS kali ke-64 yang berlangsung di sini hari ini.

Dalam pada itu, penyandang Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat Nuridah Salleh, kekal menerajui sayap parti itu bagi penggal akan datang, apabila menang tanpa bertanding pada pemilihan kali ini.

Turut dipilih semula ialah Dr Rosni Adam selaku Timbalan Ketua dan Salamiah Mohd Nor sebagai Naib Ketua, apabila turut menang tanpa bertanding.

Ini sekali gus melengkapkan senarai jawatankuasa kerja tiga sayap utama PAS, selepas semua Jawatankuasa Kerja Dewan Ulamak PAS Pusat turut mengekalkan jawatan masing-masing, bagi sesi pemilihan 2023-2025.

Esok Muktamar Tahunan PAS kali ke-69 akan bermula dengan perasmian dan ucapan dasar Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Berita berkaitan
Atas permintaan akar umbi dan MPT, Muhyiddin akan tawar diri kekal sepenggal lagi
November 25, 2023· Politik
Saya maklumkan awal bagi memastikan proses peralihan berjalan baik: Muhyiddin
November 24, 2023· Politik
Saya tidak akan pertahan jawatan Presiden: Muhyiddin
November 24, 2023· Politik
Kenaikan cukai SST akan bawa malapetaka kepada rakyat, kata Pemuda Ikatan
October 31, 2023· Isu semasa
Popular
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
November 29, 2023
Wahab sudah sahkan identiti ‘Mr H’ didakwa dalang rakaman tular
November 29, 2023
Isu pertalian dengan komunis, tiga pemimpin DAP saman MP Kepala Batas
November 29, 2023
Identiti ‘Mr H’ rahsia dan tidak akan didedah, kata KPN
November 30, 2023
Lagi Politik terkini
Identiti ‘Mr H’ rahsia dan tidak akan didedah, kata KPN
5 jam lalu · Politik
Isu pertalian dengan komunis, tiga pemimpin DAP saman MP Kepala Batas
November 29, 2023 · Politik
Wahab sudah sahkan identiti ‘Mr H’ didakwa dalang rakaman tular
November 29, 2023 · Politik
Samsuri tak tolak anjur solat hajat berhubung tuntutan wang royalti
November 29, 2023 · Politik
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
November 29, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] ‘Permainan’ pegawai politik punca kerajaan 22 bulan tumbang
1 jam lalu
[VIDEO] Belanjawan 2024 paling pantas diluluskan DUN Kedah, kata Sanusi
2 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok