Saya maklumkan awal bagi memastikan proses peralihan berjalan baik: Muhyiddin

November 24, 2023 · Politik

Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelaskan keputusan untuk tidak mempertahankan jawatan Presiden Bersatu dibuat lebih awal bagi memastikan proses peralihan berjalan secara baik tanpa wujud perpecahan dalaman.

Muhyiddin berkata buat masa ini beliau masih kekal menjadi Presiden Bersatu sehingga pemilihan parti yang baharu berlangsung pada tahun depan dan menggesa semua pemimpin kanan parti duduk berbincang secara baik.

“Sampai tahun hadapan bila saya berucap saya masih lagi presiden parti. Ia akan berlaku selepas pemilihan, jadi saya memberi makluman awal dan saya sebutkan tadi hendak semua pemimpin yang akan mewarisi kepemimpinan untuk duduk bincang secara baik, setia kawan, berunding supaya bila ada keputusan pemilihan dibuat tidak akan ada perpecahan sebab masing-masing hendak merebut jawatan.

“Seperti saya cadangkan tadi, kita duduk bincang untuk mengelak perpecahan, bila ada pertandingan yang menang menang semua, yang kalah-kalah semua itu tidak baik, saya mahu semua orang ada peranan untuk dimainkan,” katanya pada sidang akhbar, hari ini.

Terdahulu, Muhyiddin yang juga bekas Perdana Menteri Ke-8 mengumumkan tidak akan menawarkan diri sebagai calon untuk mempertahankan jawatannya sebagai Presiden Bersatu pada pemilihan parti akan datang bagi memberi laluan kepada pelapis baharu.

Malah dalam ucapan dasarnya itu, beliau memberitahu perhimpunan tersebut adalah yang terakhir baginya di atas pentas itu sebagai presiden sebelum parti melalui proses pemilihan di peringkat bahagian.

Dalam pada itu, Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh memaklumkan, keputusan yang diambil tersebut akan dirundingkan ke peringkat Perikatan Nasional (PN) sebelum memutuskan perlantikan pengerusi baharu dalam gabungan Bersatu, PAS dan Gerakan itu.

“Tak perlu runding (kepada PAS) sebab wakil PAS tadi pun sudah dengar. Akan sampai satu peringkat saya akan serahkan juga Pengerusi PN, itu saya akan serahkan kepada Jawatankuasa Tertinggi PN untuk memutuskannya,” jelasnya.

Sementara itu, Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin menegaskan tiada sesiapa akan pada ketika ini akan dicadangkan untuk menggantikan Muhyiddin sebagai presiden sebaliknya beliau akan kekal sebagai Presiden dan tidak meletakkan jawatan.

“Saya hendak maklumkan, tadi baru ucapan Muhyiddin jangan persoalkan kerana kita belum buat keputusan untuk tidak menerima. Dia tidak mahu mempertahankan dan kita tidak mencadangkan sesiapapun dan beliau tetap menjadi presiden kita,” tegasnya.

Berita berkaitan
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024· Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024· Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024· Politik
Popular
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024
Warisan tak bersekongkol dengan parti lain: Azis Jamman
March 5, 2022
Ini kali pertama dapat Perdana Menteri yang kita rasa malu: Ahmad Fadhli
June 21, 2023
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok