Saya tidak akan pertahan jawatan Presiden: Muhyiddin

November 24, 2023 · Politik

Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan tidak akan mempertahankan jawatan Presiden Bersatu dalam pemilihan parti yang akan berlangsung tahun depan.

Presiden Bersatu itu berkata keputusan itu diambil bagi memberi laluan kepada pelapis baharu yang akan dipilih semasa pemilihan parti nanti dan bagi memastikan proses demokrasi dalam parti itu subur.

“Maka, pada hari Jumaat yang mulia dan penuh barakah ini, saya ingin mengumumkan bahawa masa untuk saya mewariskan kepimpinan parti kepada barisan kepimpinan yang baharu telah pun tiba.

“Untuk itu, saya tidak akan mempertahankan jawatan Presiden dalam pemilihan parti yang akan diadakan sebelum hujung tahun hadapan yang tarikhnya akan ditentukan oleh Majlis Pimpinan Tertinggi.

“Keputusan saya ini dibuat untuk memberi ruang kepada pemimpin pelapis Bersatu mengambil alih kepimpinan parti menurut proses demokrasi yang diamalkan oleh parti kita,” katanya semasa ucapan dasar Perhimpunan Agung Tahunan parti pagi tadi.

Muhyiddin yang juga salah seorang pengasas Bersatu itu mencadangkan perbincangan secara musyawarah dijalankan bagi memilih pelapis baharu dalam parti itu untuk memperkukuhkan kekuatan parti bagi menghadapi cabaran pada masa depan.

“Dalam proses ini, sayugia saya ingin mencadangkan supaya barisan kepimpinan kanan parti bermusyawarah terlebih dahulu untuk memastikan tokoh-tokoh yang berpengalaman luas yang ada bersama kita pada hari ini mempunyai tempat dan peranan dalam barisan kepimpinan parti yang baharu nanti.

“Ini penting supaya kekuatan yang ada pada parti kita dapat kita gembeleng dengan lebih jitu lagi pada masa hadapan,” ujarnya lagi.

Muhyiddin juga memohon maaf kepada semua pihak kerana perhimpunan tahun ini adalah yang terakhir baginya sebagai Presiden Bersatu sebelum pemilihan dijalankan tahun depan.

“Ini adalah Perhimpunan Agung kali terakhir saya berdiri di pentas ini sebagai Presiden parti. Ini kerana pemilihan parti akan datang akan dibuat di peringkat bahagian terlebih dahulu sebelum perhimpunan agung diadakan.

“Justeru, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf kepada semua barisan pimpinan dan ahli Bersatu sekiranya saya melakukan sebarang kesalahan atau kesilapan sepanjang saya memimpin parti.

“Pesan saya, jagalah parti ini baik-baik,” katanya lagi.

Muhyiddin juga memberi amanat supaya proses peralihan berjalan dengan tertib dan harmoni bagi mengelakkan perpecahan sesama pemimpin dalam Bersatu nanti.

“Saya berdoa mudah-mudahan dengan kesatuan hati dan semangat setiakawan yang tinggi dalam kalangan barisan kepimpinan dan ahli-ahli Bersatu, proses peralihan kepimpinan parti akan berlangsung dengan penuh tertib dan harmoni.

“Junjunglah perlembagaan parti. Elakkan perpecahan. Utamakan perpaduan supaya parti kita dapat bangkit dengan lebih gagah dan sakti lagi selepas ini,” katanya lagi.

Berita berkaitan
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024· Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024· Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024· Politik
Popular
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024
Ketua UMNO Bahagian Kluang nafi jumpa Anwar bincang PRN Johor
January 15, 2022
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
14 jam lalu · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok