Ada lagi Ahli Parlimen PN didekati ahli perniagaan lobi tukar sokongan, dedah Hamzah

November 4, 2023 · Politik

Usaha untuk menarik Ahli Parlimen (MP) Perikatan Nasional (PN) menukar sokongan kepada kerajaan campuran masih diteruskan, dakwa Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Setiausaha Agung PN itu mendedahkan beberapa MP daripada gabungan itu memberitahunya menerima jemputan daripada seorang ahli perniagaan menjadi proksi kepada kerajaan campuran yang cuba menarik mereka menukar sokongan seperti dilakukan oleh dua wakil rakyat sebelum ini.

Semasa sidang media pada Jumaat, Hamzah yang juga Ketua Pembangkang berkata ahli perniagaan itu mendekati MP PN dan menyakinkan mereka untuk menyokong Perdana Menteri dengan menawarkan beberapa cadangan projek dan wang.

“Kita sedang kumpul maklumat kerana kita ambil gambar mereka yang berjumpa dengan kita, kita nak tengok sama ada orang ini datang daripada mana.

“(Buat) laporan polis, tapi kita juga tahu ini jawapan yang akan diberikan tetapi yang penting berhenti buat semua benda ini,” katanya pada sidang media.

Terdahulu, dua orang MP Bersatu mengisytihar sokongan terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu MP Kuala Kangsar, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid dan MP Labuan, Suhaili Abdul Rahman.

Ketika sidang media yang diadakan oleh pemimpin PN hari ini, MP Kubang Pasu Ku Abd Rahman Ku Ismail berkata beliau antara yang didatangi individu tersebut dan telah menyekat nombor pemanggil.

Beliau ditawarkan jawatan tinggi dalam sebuah agensi persekutuan, tetapi enggan mendedahkan butiran lanjut.

Selain itu, MP PN di Selangor, Kedah dan Terengganu telah menerima permintaan yang sama untuk mengadakan pertemuan dengan ahli perniagaan yang mendakwa memiliki gelaran Datuk, memaklumkan mereka tentang “rancangan perniagaan” bagi kawasan mereka yang boleh meningkatkan ekonomi tempatan di kawasan tersebut.

Berita berkaitan
Zahid masih dalam penafian selepas UMNO kalah teruk di Kemaman
16 jam lalu· Politik
Hanya pembedahan prostat, semua lelaki ada: Zahid
17 jam lalu· Politik
UMNO kalah teruk hilang undi banyak, majoriti Dr Samsuri meningkat
December 2, 2023· Politik
Laporan Wahab dakwa Agus buat gangguan seksual disiasat polis
December 1, 2023· Isu semasa
Popular
Kekalahan UMNO di Kemaman kerana rakyat tolak kerjasama dengan DAP: Dr M
December 4, 2023
Zahid masih dalam penafian selepas UMNO kalah teruk di Kemaman
December 4, 2023
Hanya pembedahan prostat, semua lelaki ada: Zahid
December 4, 2023
UMNO kalah teruk hilang undi banyak, majoriti Dr Samsuri meningkat
December 2, 2023
Lagi Politik terkini
Kekalahan UMNO di Kemaman kerana rakyat tolak kerjasama dengan DAP: Dr M
17 jam lalu · Politik
Polis siasat Muhyiddin berhubung ucapan semasa ceramah PRK Kemaman
December 2, 2023 · Politik
PRK Kemaman: 48 peratus sudah keluar mengundi setakat 2 petang
December 2, 2023 · Politik
Kes saman fitnah: Ramasamy sudah bayar Zakir RM1.52 juta
December 1, 2023 · Politik
Najib mohon DNAA bagi tiga lagi pertuduhan membabitkan kes dana SRC
December 1, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Tuan Guru Hadi di Grand Finale PRK Kemaman
December 2, 2023
[VIDEO] Ucapan Radzi Jidin di Grand Finale PRK Kemaman
December 2, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok