Zahid beri keterangan bayar RM6.083 bilion tapi TLDM tak dapat kapal

October 25, 2021 · Isu semasa

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini memberi keterangan dan penjelasan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berhubung kegagalan Kementerian Pertahanan memperoleh enam kapal peronda generasi kedua Kapal Tempur Pesisir (LCS) bernilai RM9 bilion.

Presiden UMNO itu adalah Menteri Pertahanan mulai 10 April 2009 hingga 16 Mei 2013 memberi keterangan dihadapan jawatankuasa berkenaan di bangunan Parlimen.

Zahid adalah saksi keenam yang dipanggil PAC untuk isu ini yang merupakan perolehan pertahanan terbesar dalam sejarah Kementerian pertahanan (MINDEF) dan sehingga ke hari ini, tiada sebuah kapal LCS yang diterima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Pengerusi PAC, Wong Kah Woh berkata, PAC memandang serius isu ini kerana sehingga Oktober 2020, sejumlah RM6.083 bilion dibayar namun tidak ada sebuah pun kapal LCS siap dibina walaupun mengikut jadual sepatutnya dua unit LCS siap dibina setakat ini.

“Isu ini dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2019 Siri 1 (Pengauditan Pematuhan Kementerian/Jabatan Persekutuan) dan Laporan Siasatan Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK) Jabatan Perdana Menteri yang diterbitkan pada 2019,” katanya menerusi kenyataan disiarkan dalam laman web Parlimen hari ini.

Sebelum ini, PAC memanggil Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Muez Abdul Aziz pada 18 November 2020, diikuti Pengerusi Jawatankuasa Siasatan, Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK), Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Ambrin Buang, (1 Disember 2020).

Turut dipanggil, Pasukan Projek LCS TLDM pada 16 Disember 2020, bekas Panglima Tentera Laut, Jeneral (B) Tan Sri Abdul Aziz Jaafar (29 Julai 2021) dan Ketua Pegawai Operasi Boustead Naval Shipyard (BNS) yang merupakan syarikat pembina kapal LCS, Low Kok Chiang.

Sementara itu, Kah Woh berkata bagi melengkapkan siasatan, PAC bercadang melawat limbungan kapal LCS yang dimiliki BNS.

Beliau berkata, kegagalan menyiapkan kapal LCS adalah serius dan membabitkan kelemahan atau kegagalan dari segi tadbir urus, perolehan serta kewangan.

Katanya, ia juga memberi impak besar terhadap keselamatan dan pertahanan negara.

“Bagi melengkapkan siasatan, PAC bercadang melawat limbungan kapal LCS yang dimiliki BNS di Lumut dalam masa yang akan ditetapkan,” katanya.

Sebelum ini, Zahid mendakwa kegagalan pembekalan enam kapal LCS timbul pada 2019 ketika beliau tidak lagi menjadi Menteri Pertahanan.

Terdahulu, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, sehingga 15 September 2021 tahap kemajuan projek pembinaan kapal tempur pesisir paling moden dalam inventori TLDM itu telah mencapai sebanyak 57.05 peratus.

Pembinaan kapal-kapal tempur TLDM itu katanya telah mengalami kelewatan sebanyak 38.89 peratus kerana jikalau mengikut perancangan kerja asal, kemajuan kerja-kerja kapal itu pembinaan sepatutnya sudah mencapai 95.94 peratus.

Berita berkaitan
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024· Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024· Politik
DAP semakin berani disebabkan UMNO hanya ‘penumpang’ dalam kerajaan
February 13, 2024· Politik
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Tiga bersaudara lemas berkelah di Sungai Lata Changkah di Setiu
June 11, 2022
Fenomena gila berbelanja beri kesan psikologi
October 25, 2021
SC sahkan syarikat diketuai orang kuat Anwar disiasat: Laporan
January 21, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok