Yusri Ketua Polis Perak baharu

August 25, 2022 · Isu semasa

Ketua Polis Perak yang baharu dilantik Datuk Mohd Yusri Hassan Basri berazam untuk meningkatkan kerjasama dengan semua pihak bagi memastikan keselamatan awam kekal diutamakan.

Mohd Yusri berkata beliau seorang individu yang peramah dan sentiasa mudah didekati untuk berbincang dalam apa jua isu.

“Saya harap ada kerjasama daripada semua pihak terutama dalam soal keselamatan agar Perak kekal aman dan damai.

“Saya harap mendapat kerjasama semua pihak terutama berkaitan isu keselamatan supaya rakyat Perak berasa selamat dan tenteram serta hidup dengan selesa.

“Para anggota dan pegawai juga dinasihatkan supaya menjaga integriti dan kewibawaan. Jangan melakukan salah guna kuasa atau penyelewengan kerana menjejaskan imej pasukan polis,” katanya menurut Bernama.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada Perhimpunan Khas di Pekarangan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di Ipoh, hari ini (25 Ogos).

Mohd Yusri, 52, sebelum ini adalah Timbalan Ketua Polis Pahang menggantikan Datuk Mior Faridlathrash Wahid yang bersara wajib pada awal bulan ini.

Beliau menerima tugas daripada Timbalan Ketua Polis Perak Datuk Azizi Mat Aris yang memangku jawatan itu disaksikan Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani di Mes Pegawai Kanan, semalam.

Mohd Yusri yang berasal dari Teluk Intan memulakan perkhidmatan dalam pasukan sejak 1991 dan sebelum ini pernah memegang pelbagai jawatan antaranya pegawai penyiasat, Ketua Polis Daerah Bentong dan Pegawai Juruiring (ADC) kepada Perdana Menteri serta Yang di-Pertuan Agong.

Menurut kenyataan di laman Facebook rasmi Polis Diraja Malaysia, Acryl Sani dalam ucapannya pada majlis serah terima tugas semalam berkata, pelantikan itu dibuat secara bijaksana setelah mempertimbangkan kredibiliti dan daya kepimpinan dimiliki Mohd Yusri untuk menggendong tanggungjawab yang diamanahkan tersebut.

Berita berkaitan
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024· Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Banjir: Kelantan dan Perak catat peningkatan mangsa dipindahkan
December 17, 2023· Isu semasa
Polis segerakan siasatan dalam kes langgar pelajar sehingga maut
December 16, 2023· Isu semasa
Popular
Pembela bantah Kerajaan Madani tarik balik rayuan kes kalimah Allah
May 15, 2023
Pihak berkuasa batal ubat tradisional mengandungi racun berjadual
June 5, 2021
Baik buruk media sosial
March 26, 2022
Bekas Menteri Agama tuntut penjelasan kerajaan tarik balik rayuan kalimah Allah
May 16, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok