Wanita dihukum penjara 14 bulan kerana curi milo fail rayuan

July 7, 2022 · Isu semasa

Seorang wanita yang dihukum penjara atas kesalahan mencuri dua peket Milo di sebuah pasar raya di Marang memfailkan notis rayuan terhadap keputusan mahkamah hari ini.

Suhaini Mohd, 43, pada Selasa dijatuhi hukuman penjara 14 bulan oleh Mahkamah Majistret Marang kerana mencuri milo, bagaimanapun peguam mewakilinya, Datuk Naran Singh mengemukakan rayuan bagi kebenaran merayu dan penangguhan pelaksanaan hukuman tersebut.

“Pagi ini saya sudah masukkan notis untuk merayu Mahkamah Tinggi mengenai sabitan dan hukuman terhadap tertuduh.

“Saya juga sudah membuat permohonan supaya tertuduh dibawa ke Mahkamah Majistret Marang pada Rabu depan dan di situ, saya akan buat permohonan untuk penggantungan hukuman sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi,” katanya dipetik laporan Harian Metro.

Menurut Naran, tertuduh tidak diwakili peguam ketika hukuman dijatuhkan pada Selasa lalu.

“Saya tidak tahu apa yang berlaku di mahkamah pada hari kejadian sama ada dia (tertuduh) faham apa dibaca pada dia, sama ada kertas-kertas itu semua dalam keadaan teratur.

“Selain itu, semasa dia buat pengakuan, adakah dia faham apa yang berlaku terhadapnya sekiranya dia membuat pengakuan bersalah.

“Jadi itu semua patut kita teliti dan kita akan tengok bagaimana nanti,” katanya lagi.

Selain itu pihaknya akan membuat permohonan supaya tertuduh dibenarkan diikat jamin dan rayuan penangguhan bukan saja dibuat untuk kes curi tetapi dua kes penyalahgunaan dadah.

Media sebelum ini melaporkan suri rumah dijatuhkan hukuman penjara 14 bulan oleh Mahkamah Majistret Marang kerana mencuri dua peket Milo di sebuah pasar raya di Marang pada 25 Mei lalu.

Majistret Engku Nurul Ain Engku Muda menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh membuat pengakuan bersalah selepas kertas pertuduhan dibacakan terhadapnya.

Tertuduh yang juga seorang penagih dadah sebelum ini turut mempunyai tiga rekod jenayah lampau mencuri barangan pasar raya pada 2019 dan 2021.

Selain pertuduhan mencuri, tertuduh turut mempunyai dua lagi pertuduhan berkaitan penyalahgunaan dadah.

Berita berkaitan
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024· Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024· Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024· Isu semasa
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024· Politik
Popular
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Kemiskinan berleluasa, ketidakstabilan ekonomi akibat rasuah
February 8, 2023
10 peraturan kekal terpakai dalam fasa endemik mulai 1 April
March 9, 2022
Selepas 4 bulan jadi ADC PM, Ezanee mohon kembali bertugas bersama pasukan
April 18, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok