Wanita didakwa buat hantaran gambar lucah di Twitter

July 5, 2022 · Isu semasa

Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini atas pertuduhan membuat penghantaran dengan memuat naik gambar lucah di akaun Twitter, tahun lepas.

Amira Nur Afiqah Agus Salim, 25, operator di sebuah syarikat perhotelan, selaku Orang Kena Saman (OKS) membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Norhasniah Abdul Razak, lapor Bernama.

Ibu kepada seorang anak itu didakwa secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi iaitu gambar lucah dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain melalui akaun Twitter ‘@amiranafqh’ pada 7.27 malam, 19 Sept 2021.

Hantaran itu kemudian dilihat di sebuah premis di Sri Tioman 2, Jalan Melati di sini, pada 7.58 malam, pada tarikh sama.

Dia didakwa mengikut Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 233 (3) akta sama, yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara hingga setahun atau kedua-duanya dan denda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas sabitan, jika sabit kesalahan.

Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, Nur Nazhzilah Mohamad Hashim mencadangkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin manakala peguam Adly Zulfadhly Zulkefly yang mewakili OKS memohon jaminan RM2,000 berikutan anak guamnya perlu menanggung seorang anak dan ibu bapanya.

“Suami kepada anak guam saya merupakan video editor bebas dan tidak mempunyai pendapatan tetap. Jaminan RM5,000 yang ditawarkan pihak pendakwaan tidak munasabah kerana anak guam saya tidak mampu untuk membayarnya atas faktor ekonomi,” kata peguam itu dan menambah pihaknya akan mengemukakan representasi.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin dan perlu melaporkan diri di balai polis berhampiran sekali pada setiap bulan sehingga kes selesai dan menetapkan 9 Ogos ini untuk sebutan semula kes.

Berita berkaitan
Wahab sudah sahkan identiti ‘Mr H’ didakwa dalang rakaman tular
November 29, 2023· Politik
Adakah wang pembayar cukai digunakan J-KOM untuk sunting video jahat? soal PAS
November 18, 2023· Politik
Kumpulan media persoal tindakan kerajaan tarik balik kad media Harakah
November 8, 2023· Politik
6,997 laman lucah disekat SKMM sejak Ogos 2023
October 30, 2023· Isu semasa
Popular
Bekas ketua hakim negara cemas di kandang saksi, lapor Bernama
April 12, 2021
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Usahawan PMKS, pekerja sokong syor Muhyiddin mudahkan bantuan
October 23, 2022
Benar ke Najib kontak rapat Covid-19, tapi kereta berderet depan rumah
December 7, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok