Wan Saiful pertimbang representasi tuduhan rasuah kepada AGC

March 22, 2023 · Isu semasa

Bekas Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan sedang menimbang untuk membuat representasi kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) berhubung pertuduhan rasuahnya membabitkan RM6.9 juta berkaitan program Jana Wibawa.

Peguamnya Datuk Rosal Azimin Ahmad mendedahkan perkara itu semasa prosiding di hadapan hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Rozina Ayob, hari ini (22 Mac 2023).

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya Mohd Afif Ali memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihak pendakwaan telah menyerahkan sebahagian dokumen kepada pihak pembelaan selaras dengan Seksyen 51A Kanun Tatacara Jenayah.

Bagaimanapun, terdapat beberapa dokumen perbankan dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) lain yang masih belum diserahkan, katanya.

“Kami memerlukan lebih banyak masa untuk mendapatkan dokumen daripada bank,” tambah Mohd Afif.

Mahkamah kemudian menetapkan 8 Mei untuk sebutan seterusnya.

Ketika ditemui media, Rosal berkata pihak pembelaan masih belum memutuskan representasi kerana ia bergantung kepada dokumen daripada pihak pendakwaan.

Representasi adalah surat yang dirujuk kepada pendakwaan bagi melampirkan fakta dan faktor kenapa pertuduhan yang dikenakan patut divariasikan kepada pertuduhan yang lebih ringan atau dilepaskan daripada pertuduhan berkenaan.

Ia akan menjadi titik tolak kepada pendakwaan bagi menilai kes mereka setelah mendapat pandangan peguam bela dan menimbangkan sama ada cadangan peguam bela patut diberikan perhatian dan keputusan kepada cadangan berkenaan.

Representasi akan dikuatkan dengan faktor peribadi, perundangan, kes-kes terdahulu dan juga faktor pertuduhan yang mungkin cacat atau di luar kemampuan untuk mencapai prima facie.

Pada 21 Februari lalu, Ahli Parlimen Tasek Gelugor itu mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan kononnya meminta rasuah membabitkan kira-kira RM6.9 juta, yang dikaitkan dengan projek Jana Wibawa.

Wan Saiful diikat jamin RM400,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan pasport diserahkan kepada mahkamah, selain melapor diri di pejabat SPRM Putrajaya pada setiap dua bulan sekali hingga kes selesai.

Sebelum ini, Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kerajaan campuran PH-BN sedang membuat pendakwaan terpilih secara terancang untuk melemahkan musuh politik mereka dengan menyasarkan parti lawan.

Beliau berkata secara terang-terangan wujud perancangan pihak kerajaan untuk memberi tekanan kepada parti pembangkang menjelang PRN yang bakal diadakan tidak lama lagi dan parti Bersatu antara sasaran utama kerana menyedari rakyat menolak kerajaan campuran.

Berita berkaitan
Stop the lies and hypocrisy, please
5 jam lalu· Rencana
Perbicaraan kes rasuah Bung Moktar dan isteri ditetapkan pada Julai
16 jam lalu· Isu semasa
Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
16 jam lalu· Politik
Kes sedang dalam perbicaraan minta digugurkan, ini kerajaan luar tabii: Razali
19 jam lalu· Politik
Popular
Zahid mahu SKMM ambil tindakan terhadap Telegram
May 29, 2023
Projek Aerotropolis: Sanusi kata susah betul nak dapat jumpa PMX
May 29, 2023
Raja Arshad dilantik sebagai Pengerusi baharu PNB bermula 1 Jun
May 29, 2023
Kerajaan perlu telus, banyak persoalan LCS belum terjawab : TI-M
May 29, 2023
Lagi Isu semasa terkini
LCS: Anwar cakap tak serupa bikin
6 jam lalu · Isu semasa
Menu Rahmah berjaya turun inflasi harga makanan, kata Salahuddin
8 jam lalu · Isu semasa
Ringgit ditutup rendah, harga minyak juga jatuh
9 jam lalu · Isu semasa
Projek Aerotropolis: Sanusi kata susah betul nak dapat jumpa PMX
9 jam lalu · Isu semasa
Raja Arshad dilantik sebagai Pengerusi baharu PNB bermula 1 Jun
9 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Sanusi di himpunan jentera PRN Perikatan Nasional N24 Jeneri
26 minit lalu
[VIDEO] Malaysia Madani gagal, Anwar jadi PM buat apa pun tak jadi
2 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok