Ustazah Rokiah tak serik walau 4 bulan kena badi mayat Orang Asli

October 9, 2022 · Isu semasa

Terkena badi mayat selama empat bulan selepas menguruskan jenazah wanita Orang Asli di Rancangan Penempatan Semula (RPS) Banun, Gerik, kira-kira 20 tahun lalu tidak melunturkan semangat bekas pembantu guru agama dakwah Orang Asli daripada terus berbakti dalam bidang itu.

Ustazah Rokiah Man, 61, berkongsi pengalaman selepas menerima Anugerah Pendakwah yang disampaikan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1444 Hijrah peringkat negeri Perak di Ipoh, hari ini.

Malah, nenek kepada 17 cucu itu berkata, pengalaman berkenaan lebih mendekatkan hubungannya dengan masyarakat Orang Asli yang umum diketahui kurang pendedahan mendalam berkaitan Islam.

Menceritakan pengalaman itu, beliau berkata, gangguan badi mayat, seperti demam berpanjangan dan lemah anggota badan, berlaku selepas memandi serta menguruskan jenazah seorang wanita Orang Asli, dua hari tamat menghadiri kursus pengurusan jenazah pada 2000.

“Ketika itu jawatan saya adalah Guru Fardu Ain Orang Asli di bawah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) dan pada waktu itu pembabitan kaum wanita sebagai pendakwah masyarakat Orang Asli memang kurang hinggakan saya sering diminta menguruskan jenazah wanita Islam Orang Asli.

“Selepas dua hari mengikuti kursus pengurusan jenazah, saya sudah dipertanggungjawab menguruskan jenazah. Sejurus selepas itu saya demam berpanjangan dan sering rasa seperti kepanasan walaupun doktor gagal mengenal pasti jenis penyakit itu.

“Hinggalah kira-kira empat bulan kemudian ketika dibawa berubat secara Islam oleh bapa saudara, beliau (bapa saudara) mendapat petunjuk bahawa situasi demam yang saya alami adalah disebabkan badi mayat dan selepas melalui proses berubat itu, saya sembuh,” katanya menurut BH.

Rokiah berkata, beliau bagaimanapun bernasib baik kerana ketika mula menggalas tugas dengan JAIPk, beliau bergerak menyantuni masyarakat Orang Asli di Gerik dengan ditemani suami, Osman Mat Ludin, 82, yang ketika itu berkhidmat sebagai pendakwah Orang Asli.

Setakat ini, beliau sudah menguruskan lebih 50 jenazah wanita Orang Asli sepanjang mula berkhidmat pada 2000 sehingga sekarang dengan menyifatkan angka itu masih kecil disebabkan beliau lebih memilih untuk mengurusksan jenazah dari kaum masyarakat itu.

Beliau bagaimanapun enggan berkongsi pengalaman mistik berkaitan pengursan jenazah yang pernah dialaminya kerana beranggapan ia bakal membuka aib jenazah namun mengakui terdapat beberapa perbezaan ketika menguruskan jenzah Orang Asli.

“Pada saya sudah ramai pihak terutamanya badan bukan kerajaan (NGO) kelihatan berlumba bagi menguruskan jenazah masyarakat Islam kita di Malaysia secara amnya termasuk yang berorientasikan keuntungan namun keadaan berbeza jika jenazah itu adalah kaum Orang Asli.

“Walaupun sekarang saya hanya suri rumah kerana kontrak sebagai pembantu pendakwah sudah tamat tahun lalu, hubungan saya dengan Orang Asli beragama Islam terutama sekitar kawasan Kampung Ulu Gerik masih terjalin erat sehingga kini,” katanya yang menetap di Kampung Sira Kulim, Air Panas, Gerik.

Sementara itu, Anugerah Pendakwah yang disampaikan Sultan Nazrin kepada Rokiah melayakkannya membawa pulang wang tunai RM3,000, plak penghargaan, dan sijil.

Selain Anugerah Pendakwah, Sultan Nazrin turut menyampaikan Anugerah Pegawai Masjid terdiri dari kategori imam, bilal, dan siak; Anugerah Tokoh NGO; dan Anugerah Pengamal Media; selain Penghargaan Johan Jurus Seni Silat Masjid-masjid negeri Perak 2022 yang masing-masing melayakkan penerimanya beroleh wang tunai RM3,000, plak, serta sijil.

Berita berkaitan
Banjir: Kelantan dan Perak catat peningkatan mangsa dipindahkan
December 17, 2023· Isu semasa
Jumlah mangsa banjir di Terengganu menurun, Kelantan kekal
November 23, 2023· Isu semasa
Mangsa banjir di Perak masih meningkat, Selangor sedikit berkurangan
November 10, 2023· Isu semasa
Banjir Selangor dan Perak belum reda, jumlah mangsa meningkat
November 8, 2023· Isu semasa
Popular
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024
Menteri bidas tindakan bekas pemain badminton negara keluar kata-kata perkauman
February 13, 2023
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024
Majlis Hari Raya dengan tarian separuh bogel, polis tahan instafamous
May 30, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
5 jam lalu · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok