Tuntutan palsu: Bekas MB Perlis akan didakwa di mahkamah esok

April 9, 2023 · Isu semasa

Bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man dijangka dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kangar, esok (10 April 2023) bagi berdepan pertuduhan mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Terdahulu, SPRM menghantar nota jemputan kepada media untuk membuat liputan membabitkan tuduhan terhadap seorang bekas Menteri Besar.

Mengikut nota tersebut, bekas Menteri Besar akan dibawa ke Mahkamah Sesyen pada jam 8.30 pagi.

“Dengan ini adalah dimaklumkan, SPRM telah mendapat izin mendakwa terhadap seorang bekas Menteri Besar pada ketetapan tersebut iaitu pada Isnin, 10 April di Mahkamah Sesyen pada pukul 8.30 pagi,” menurut jemputan k SPRM kepada media.

Sementara itu, Utusan memetik sumber SPRM sebagai berkata, Azlan akan didakwa mengikut Seksyen 18 Akta SPRM iaitu kesalahan dipercayai mengemukakan atau mengesahkan dokumen mengandungi butiran palsu.

Sumber juga memberitahu, bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis itu juga akan berdepan kes pengubahan wang haram pada Rabu ini.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lalu, Azlan tewas di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bintong.

Terbaharu, Azlan juga gagal mempertahankan jawatan Ketua UMNO Bahagian Kangar pada pemilihan UMNO baru-baru ini. Beliau tewas kepada timbalannya, Fathul Bari Mat Jahya.

Berita berkaitan
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024· Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024· Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024· Isu semasa
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024· Politik
Popular
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Benarkah rakyat Malaysia memilih kerja?
February 17, 2022
10 peraturan kekal terpakai dalam fasa endemik mulai 1 April
March 9, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok