Tuduhan Hamid Bador tanpa bukti bermotif fitnah, jahat: Ulama

May 1, 2021 · Isu semasa

Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) menyifatkan dakwaan dan kritikan Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkaitan rasuah dan penyelewengan politik tanpa mengemukakan bukti kukuh, adalah ucapan yang mengundang fitnah dan persepsi jahat terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Ketua Penerangan DUPP, Mohd Nor Hamzah turut membidas Abdul Hamid yang tidak mengambil tindakan undang-undang jika sudah mengetahui penyalahgunaan kuasa, penyelewengan dan rasuah di kalangan ahli politik.

“Jangan pula disebabkan lantikan beliau sebelum ini oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH), beliau hilang pertimbangan dalam bersikap adil dengan terikut rentak politik PH sehingga menggunakan kedudukan beliau sekarang ini untuk meracuni pemikiran rakyat dengan mainan persepsi semata-mata sebagaimana yang diamalkan oleh politik PH.

“Jika benar sebagaimana dakwaan yang dilontarkan tersebut, maka mengapa tidak diambil tindakan susulan semasa beliau masih menjawat KPN (Ketua Polis Negara) dengan membuat laporan agar penyiasatan dilakukan dan dibawa ke muka pengadilan untuk diadili bagi dihukum menerusi lunas perundangan yang ada dalam negara ini,” katanya dalam kenyataan.

Sehubungan itu, DUPP mengingatkan Abdul Hamid bahawa Malaysia bukan negara ‘cowboy’ dan semua pihak tidak boleh bermain dengan persepsi iaitu menjatuhkan hukuman sebelum diadili dan diputuskan hukuman.

“Adakah beliau telah lupa terhadap Akta Polis Sek 4 (1) di mana dia sebagai KPN adalah bertanggungjawab kepada Menteri Dalam Negeri,” katanya mengulas kritikan terbuka Abdul Hamid terhadap pemimpin politik terutama daripada kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Mohd Noor berkata, tidak wajar individu seperti Abdul Hamid yang tahu prosedur undang-undang dan menjaga ketenteraman negara memberi ucapan yang mengundang fitnah dan persepsi jahat kepada kerajaan PN.

“Tidak wajar individu seperti beliau iaitu orang yang tahu prosedur undang-undang dan menjaga keadilan negara, tidak menggunakan saluran yang ada namun hanya beremosi dalam ucapan sehingga mengundang sangkaan berunsurkan fitnah dan dakyah terhadap politik semasa dengan timbulnya persepsi jahat kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) sekarang ini kerana sikap yang beliau tunjukkan adalah mengetepikan nilai undang-undang,” katanya.

Berita berkaitan
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
Cadangan PM bukan Melayu dibuat Kit Siang serlah imej sebenar DAP: PAS
December 16, 2023· Politik
PAS bidas Anwar kekal jadi Menteri Kewangan, dulu kata nak berjimat
December 12, 2023· Politik
PAS bidas propaganda Kit Siang main isu PM bukan Melayu
December 11, 2023· Rencana
Popular
MB Perlis cerai isteri talak satu
August 25, 2022
PN akan terus desak caruman KWSP bersasar dibenarkan
March 16, 2023
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Betul adalah betul, salah adalah salah, kata anak perempuan Rosmah dengan bekas suami lama
September 2, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok