Tragedi kapal selam: PM ucap takziah kepada Indonesia

April 25, 2021 · Isu semasa

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengucapkan takziah kepada Presiden Indonesia Joko Widodo serta kerajaan dan rakyat negara berkenaan susulan tragedi yang menimpa kapal selam Angkatan Laut Tentera Nasional Indonesia (TNI-AL).

Muhyiddin berkata, Malaysia sentiasa bersedia untuk terus menghulurkan bantuan yang diperlukan kepada Indonesia dalam menghadapi waktu genting itu.

“Saya mewakili kerajaan dan seluruh rakyat Malaysia merakamkan ucapan takziah… kami turut berdukacita atas tragedi yang mengejutkan dan amat menyayat hati ini.

“Semoga Allah mengurniakan kekuatan dan kesabaran kepada ahli keluarga 53 anak kapal tersebut dalam menempuh dugaan ini,” katanya dalam kenyataan yang dimuat naik dalam Facebooknya.

KRI Nanggala 402 dengan 53 kru disahkan tenggelam ketika mengadakan latihan penembakan torpedo di utara perairan Bali Rabu lalu.

Pada Jumaat, pasukan pencari menemukan serpihan dipercayai daripada KRI Nanggala 402 sekali gus harapan untuk menyelamat anak kapal berkenaan semakin tipis, tatkala pegawai tentera memberitahu bekalan oksigen di dalam kapal itu sudah habis.

TNI-AL juga memaklumkan bahawa imbasan yang dilakukan mengesan kedudukan kapal selam itu pada kedalaman 850 meter, jauh melebihi daripada keupayaannya bertahan daripada tekanan.

Berita berkaitan
Ideologi yang berbeza,hala tuju yang tidak jelas Kerajaan Perpaduan
January 1, 2024· Rencana
Warga Indonesia dipercayai dibaham harimau di Gua Musang
November 11, 2023· Isu semasa
Teks Penuh Perbahasan Bajet 2024 Tan Sri Muhyiddin Yassin
October 18, 2023· Rencana
Pembebasan Muhyiddin: Komentar peguam yang diatur adalah songsang
October 6, 2023· Rencana
Popular
Tiga bersaudara lemas berkelah di Sungai Lata Changkah di Setiu
June 11, 2022
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Selepas 4 bulan jadi ADC PM, Ezanee mohon kembali bertugas bersama pasukan
April 18, 2022
Permit tepung gandum dibatal, pastikan bekalan cukup
May 23, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok