Tiket penerbangan sehala KL-Tawau cecah RM3,138? Mana menteri DAP?

April 16, 2023 · Isu semasa

Ahli Parlimen penyokong kerajaan Pakatan Harapan-Barisan Nasional, Datuk Seri Wee Ka Siong (Ayer Hitam), mempertikai harga tiket penerbangan menjelang perayaan Aidilfitri, terutama dari ibu negara ke Sabah, yang disifatkan terlalu mahal dan mengecewakan orang ramai.

Beliau mendakwa, hasil semakan tiket sehala dari Kuala Lumpur ke Tawau untuk kelas ekonomi bagi penerbangan pada 20 April ini, menjangkau sehingga RM3,138.

“Macam mana keluarga B40 dan M40 khususnya warga Tawau di perantauan nak beraya tahun ni? Pada masa ini, bukan waktu berlakunya pandemik Covid-19.

“Sektor penerbangan beransur pulih, kebanyakan pesawat tidak lagi didaratkan (grounded) seperti waktu pandemik. Tambang terlalu tinggi membebankan rakyat jelata.

“Jangan sampai seluruh rakyat membuat andaian bahawa ‘airline’ tertentu dilihat mengeksploitasikan keadaan dengan mengaut keuntungan tinggi untuk memulihkan semua kerugian yang ditanggung semasa Covid-19 dalam tempoh yang singkat,” ciapnya di Twitter, hari ini (16 April 2023).

Bekas Menteri Pengangkutan itu berkata, syarikat penerbangan tiada alasan untuk tidak menambah kekerapan penerbangan selagi ada kemampuan kerana tiada lagi sekatan had penumpang sebanyak 50 peratus ketika Covid-19 dikenakan.

Katanya, kekerapan penerbangan juga tidak lagi dikawal oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah atau Sarawak selain wujud syarikat penerbangan tambang murah baharu, MYAirline.

“Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) pun sudah meluluskan banyak penerbangan sama seperti zaman pra Covid-19. Dijangkakan jawapan standard kerajaan adalah “dasar kerajaan tidak mengawal tambang penerbangan kerana mekanisme harga dinamik.

“Apa pun, tidak kira zaman siapa memerintah, acap kali Kementerian Pengangkutan menjawab sebegitu, rakyat sukar menerima jawapan standard terbabit. Kepada syarikat penerbangan, tolonglah rakyat,” katanya.

Menurutnya, beliau sendiri pernah dikritik teruk ketika menjawat jawatan Menteri Pengangkutan disebabkan harga penerbangan yang melambung.

“Tahun lalu ketika pintu sempadan baru saja dibuka pada 1 April, tambang ketika itu melebihi RM1,000 kerana tak banyak pesawat boleh beroperasi, mereka perlu melalui proses MRO (penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih) untuk tiga bulan sebelum dibenarkan beroperasi demi keselamatan.

“Pada masa itu, saya selaku Menteri Pengangkutan serta kerajaan dikritik teruk. Saya berdepan situasi terbabit dengan sebaik mungkin. Sekarang, bukan lagi isu sekatan pergerakan akibat Covid-19 atau MRO, tapi harga tambang dari Kuala Lumpur ke Tawau bernilai RM3,138 seorang,” katanya.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, sebelum ini dilaporkan berkata, kerajaan tidak bercadang menetapkan harga siling bagi tiket penerbangan kerana ia akan memberi implikasi negatif kepada penumpang.

Katanya, langkah itu juga dibimbangi akan menyebabkan syarikat penerbangan mengurangkan kapasiti penumpang.

Berita berkaitan
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024· Politik
Jawatan Presiden MCA akan ada pertandingan dalam pemilihan parti
September 12, 2023· Politik
Pengguna terbeban, tiba-tiba harga barang naik : Laporan
July 17, 2023· Isu semasa
Kerajaan tekan kumpulan T20, rakyat yang akan kena kesan: Ka Siong
July 2, 2023· Politik
Popular
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024
Helikopter terhempas di Bidor, juruterbang terbunuh: Polis
September 12, 2022
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok