Tiada penyelewengan dana pakej rangsangan ekonomi Kedah: SPRM

February 15, 2023 · Isu semasa

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak menemukan sebarang unsur jenayah berhubung dana bantuan pakej rangsangan ekonomi yang didakwa mempunyai kaitan dengan seorang Ahli Exco Kedah sebelum ini.

Pengarah SPRM Kedah, Datuk Shaharom Nizam Abd Manap berkata siasatan dijalankan pihaknya mendapati kes tersebut lebih kepada aspek pematuhan prosedur berkaitan penyampaian dana bantuan tersebut.

Sehubungan itu beliau berkata, SPRM mengemukakan cadangan kepada kerajaan neger untuk menambah baik prosedur tersebut.

“Selesai saja melakukan siasatan, hasilnya telah dihantar kepada pihak pendakwaan ibu pejabat.

“Penilaian dilakukan mendapati itu bukanlah kes jenayah sebaliknya lebih kepada aspek pematuhan prosedur. Disebabkan itu , tiada pertuduhan jenayah dibuat.

“Sebaliknya pihak kami telah menghantar cadangan kepada kerajaan negeri agar penambah baikan prosedur tersebut dilakukan,” katanya semalam.

Media sebelum ini melaporkan mengenai siasatan dijalankan SPRM berhubung dakwaan penyelewengan dana tersebut yang didakwa turut melibatkan seornag Exco Kedah.

Beberapa pihak termasuk Exco terlibat turut dipanggil dan memberi kerjasama bagi siasatan kes tersebut.

Berita berkaitan
Isteri Tun Daim cabar kesahihan pertuduhan SPRM di Mahkamah Tinggi
March 5, 2024· Isu semasa
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Jangan jadi ‘orang suruhan’ untuk kepentingan pihak tertentu, kata MB Kedah
January 8, 2024· Berita
Kerajaan sedar tak rakyat sedang tertekan hari ini? soal Senator UMNO
December 13, 2023· Isu semasa
Popular
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024
Kemiskinan berleluasa, ketidakstabilan ekonomi akibat rasuah
February 8, 2023
Netizen persoal isu ‘roadtax’, MyJPJ jika bawa kenderaan orang lain
February 10, 2023
Perbicaraan 1MDB: Saksi beritahu perbincangan atas kapal tiada wakil pegawai kerajaan
January 5, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok