Sultan Kedah titah ketepikan perbezaan politik, harap projek KXP dapat dilaksanakan

June 18, 2023 · Isu semasa

Sultan Kedah Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah bertitah terdapat keperluan mendesak untuk memperkasakan jaringan infrastruktur pengangkutan dan perhubungan di negeri berkenaan.

Baginda bertitah adalah amat mustahak bagi Kedah untuk memiliki sebuah lagi lapangan terbang antarabangsa berasaskan kargo bagi memudahkan pergerakan keluar masuk barangan dan ekport ke luar negeri, menurut laporan Bernama.

Titah baginda, perancangan pembangunan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) di dalam kerangka pembangunan Kedah Aerotropolis akan memenuhi kehendak itu dan bertindak sebagai ‘game changer’ yang akan mengubah landskap ekonomi ke tahap yang lebih ampuh.

“Beta berpendapat hasrat ini akan dapat disegerakan sekiranya kerajaan Beta dan Kerajaan Persekutuan dapat bekerjasama, dan pucuk pimpinan mampu mengenepikan perasaan peribadi dalam mentadbir hal ehwal berkaitan pembangunan.

“Amatlah rugi sekiranya projek pembangunan ini tidak dilaksanakan hanya disebabkan oleh perbezaan pandangan dan pemahaman politik antara pemimpin-pemimpin di peringkat negeri dan persekutuan sehingga membelakangkan keperluan negeri dan negara yang jauh lebih mustahak,” titah baginda.

Sultan Sallehuddin bertitah demikian dalam ucapan sempena Hari Keputeraan Baginda yang ke-81 di Istana Anak Bukit, di sini hari ini.
Sementara itu, baginda turut berkenan mewujudkan Tabung Amanah Sultan Kedah (TASK) yang bertujuan membantu meringankan beban rakyat golongan miskin dan mengimbangi pengagihan ekonomi supaya ia lebih adil dan saksama.

“Beta bercita-cita menjadikan TASK sebagai sebuah wadah untuk semua pihak bersama-sama berganding bahu, berbakti dan berbudi kepada golongan yang memerlukan.

“Sesungguhnya sedekah ini bukan sekadar membantu keluarga dengan memberi pakaian, makanan dan minuman, malah diharapkan ianya dapat memberi peluang yang lebih cerah kepada anak-anak keluarga tersebut untuk maju dalam pendidikan,” titah baginda.

Sultan Sallehuddin bertitah, perbincangan mengenai sejarah Negeri Kedah khususnya berhubung kedudukan Negeri Kedah dan Pulau Pinang haruslah disulami dengan fakta yang berasas dan tepat.

Baginda bertitah adalah lebih baik sekiranya fakta-fakta ini dikaji secara ilmiah dan lebih tersusun agar dapat dijadikan rujukan serta membawa kebaikan kepada generasi akan datang kerana sejarah adalah sumber kebijaksanaan terpenting dalam mengajar seni bernegara.

Titah baginda lagi, peristiwa lampau yang telah meletakkan negeri ini dalam keadaan yang sukar dan terpaksa bersetuju dengan perjanjian-perjanjian berat sebelah harus dijadikan pedoman serta peringatan agar lebih berhati-hati dalam bertindak dan berurusan.

“Perjuangan menjaga hak dan kedaulatan negeri kini bukan lagi di medan perang sebagaimana yang dilakukan oleh pahlawan negeri terdahulu. Medan perjuangan kini adalah di meja-meja rundingan dan melalui tinta-tinta tulisan,” titah baginda.

Berangkat sama ke istiadat itu Sultanah Kedah Sultanah Maliha Tengku Ariff, Raja Muda Kedah Tengku Sarafudin Badlishah Sultan Sallehuddin dan Raja Puan Muda Kedah Che Puan Muda Zaheeda Mohamad Ariff.

Turut hadir, Menteri Besar Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dan isteri Tok Puan Jusmalailani Jusoh.

Berita berkaitan
Jangan jadi ‘orang suruhan’ untuk kepentingan pihak tertentu, kata MB Kedah
January 8, 2024· Berita
Sanusi buat perbandingan tindakan sekat peruntukan MP dengan keadaan di Palestin
November 9, 2023· Politik
Laporan polis dibuat berhubung video tular jambatan kedua retak
October 30, 2023· Isu semasa
Dakwaan jambatan kedua Pulau Pinang retak palsu
October 29, 2023· Isu semasa
Popular
Jemaah pulang umrah cetus kluster baharu di Sabah
December 22, 2021
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024
Kes baharu Covid-19 meningkat lepasi paras 3,000
January 5, 2022
Netizen persoal isu ‘roadtax’, MyJPJ jika bawa kenderaan orang lain
February 10, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
21 jam lalu · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
21 jam lalu · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok