Strategi kawal Covid-19 diperkukuh, MPN melibatkan semua pakar

July 16, 2021 · Isu semasa

Majlis Pemulihan Negara (MPN) melibatkan semua wakil daripada pelbagai sektor akan mengukuhkan lagi strategi kawalan wabak Covid-19 secara holistik, ia akan menggantikan Jawatankuasa Khas Kabinet Pelan Pemulihan Negara (JKKPPN).

MPN akan dipengerusikan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan langkah itu akan memastikan pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara (PPN) berjalan lancar, kata Menteri Kewangan merangkap Menteri Penyelaras PPN Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz hari ini.

Tengku Zafrul berkata mesyuarat yang dipengerusikan perdana menteri hari ini juga telah memutuskan bahawa PPN akan dibentangkan di Parlimen pada 26 Julai ini.

“Berteraskan pendekatan seluruh negara, MPN akan melantik wakil-wakil dari sektor swasta, pakar industri, dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk berkongsi pengalaman dan nasihat dalam pelbagai aspek PPN bagi membolehkan Malaysia keluar dari pandemik ini secara sistematik dan selamat,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Beliau berkata beberapa perkara turut diputuskan dalam mesyuarat kali ini, iaitu menambah baik prosedur operasi standard (SOP) berdasarkan maklum balas dari antara lainnya, pakar sesuatu bidang, selaras dengan usaha untuk mempertingkatkan kejelasan SOP dan tahap kepatuhan.

Selain itu mesyuarat juga memutuskan untuk memperkenalkan beberapa kelonggaran kepada rakyat yang telah mendapat dua dos vaksin dan mempertimbangkan kelonggaran bagi syarikat-syarikat yang telah memberi vaksinasi penuh kepada pekerjanya untuk beroperasi sepenuhnya.

“Perincian mengenainya akan dimuktamadkan dalam masa terdekat,” jelas beliau.

Katanya MPN juga akan membuat pertimbangan dan mengesyorkan langkah-langkah penambahbaikan bagi memastikan peralihan dari satu fasa ke fasa berikutnya dapat dicapai secepat mungkin berdasarkan pencapaian nilai-nilai ambang utama yang telah ditetapkan.

“Melangkah ke hadapan, kerajaan akan mengukuhkan strategi bagi mengawal wabak COVID-19 secara holistik dengan memberi fokus kepada faktor-faktor seperti kadar aktiviti dan pergerakan; kadar dan tempoh kebolehjangkitan; populasi berisiko dan pengukuhan kapasiti sistem kesihatan awam,” tambahnya.

Berita berkaitan
Ideologi yang berbeza,hala tuju yang tidak jelas Kerajaan Perpaduan
January 1, 2024· Rencana
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Popular
MB Perlis cerai isteri talak satu
August 25, 2022
PN akan terus desak caruman KWSP bersasar dibenarkan
March 16, 2023
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Betul adalah betul, salah adalah salah, kata anak perempuan Rosmah dengan bekas suami lama
September 2, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok