Setiap menteri ada pas VIP, kata Loke berhubung kontroversi di KLIA

July 1, 2023 · Isu semasa

Tidak timbul berhubung keistimewaan yang diberikan kepada menteri untuk memasuki kawasan larangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), jelas Anthony Loke.

Loke yang juga Menteri Pengangkutan memberi reaksi berhubung kontroversi melibatkan rakan sejawatnya Menteri Pelancongan, Datuk Seri Tiong King Sing yang didakwa melanggar protokol keselamatan apabila masuk ke kaunter imigresen.

“Semasa beliau berada di KLIA itu memang diiringi oleh polis bantuan dan anggota keselamatan MAHB.

“Dari segi isu pas keselamatan, itu tak jadi isu, sebenarnya setiap menteri ada pas VIP untuk masuk ke lapangan terbang walaupun kadangkala kita bukan mengambil flight.

“Semalam pun saya berada di lapangan terbang, bukan saya mengambil flight, tetapi saya lancarkan satu penerbangan, jadi saya masuk ke kawasan larangan seperti balai pelepasan dan sebagainya.

“Bagi saya isu pas tak timbul, dia memang layak untuk masuk ke kawasan larangan,” katanya dipetik laporan Malaysiakini hari ini.

Loke terdahulu mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa negeri DAP di ibu pejabat parti Negeri Sembilan di Seremban.

Semalam, King Sing mengaku dirinya merupakan menteri yang dimaksudnya oleh laporan media berkait kekecohan di balai ketibaan antarabangsa KLIA pada Rabu lalu.

Namun beliau mempertahankan tindakannya itu dan menegaskan telah diberitahu bahawa pegawai Imigresen bertugas meminta rasuah untuk membebaskan seorang wanita warga China yang dinafikan kemasukannya ke negara ini.

Sebelum itu, Jabatan Imigresen Malaysia memberitahu pihaknya sudah memulakan siasatan berhubung kejadian tersebut.

Berita berkaitan
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024· Isu semasa
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Popular
Saman ibu model warga Belanda dibunuh akan dibicarakan
December 7, 2022
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024
Jelapang padi negara : Kedah ‘diarah’ jadi negeri miskin, dakwa Sanusi
May 21, 2023
Pengerusi PH Kelantan dilantik Pengerusi KADA baharu
June 6, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok