Serangan seksual oleh Anwar: Yusoff diperintah serah salinan WhatsApp

January 11, 2023 · Isu semasa

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini (11 Januari 2023) membenarkan permohonan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapatkan salinan perbualan WhatsApp dan pengakuan bersumpah daripada bekas pembantunya Muhammed Yusoff Rawther dalam kes saman terhadap beliau.

Yusoff memfailkan saman terhadap Anwar pada 2021 mendakwa pemimpin itu menyerangnya secara seksual pada 2 Oktober 2018. Yusoff kemudiannya membuat pengakuan bersumpah yang memperincikan kejadian itu.

Pesuruhjaya Kehakiman Mohamad Johan Lee memutuskan permohonan Anwar untuk mendapatkan dokumen itu mempunyai merit.

“Semua dokumen itu adalah berkaitan dan penting dalam menentukan kes tersebut,” kata Johan menurut FMT.

Mahkamah juga mengarahkan Yusoff membayar RM1,000 sebagai kos kepada Anwar dan menetapkan pengurusan kes seterusnya pada 13 April ini.

Anwar memohon perintah mahkamah bagi mendapatkan mesej perbualan WhatsApp daripada Yusoff bertujuan digunakan dalam pembelaannya.

Anwar memohon mendapatkan salinan mesej dan beberapa dokumen lain, selepas beliau disaman Yusoff kerana membuat serangan seksual di rumahnya pada 2018 lalu.

Permohonan itu dibuat walaupun Anwar sebelum ini mendakwa serangan seksual itu adalah “palsu dan direka” dan didakwa bermotif politik untuk mencemarkan imejnya ketika itu sebagai Ahli Parlimen Port Dickson dan menghalangnya daripada menjadi Perdana Menteri.

Dalam salinan permohonan itu, Anwar meminta Yusoff mengeluarkan “salinan semua perbualan WhatsApp antara plaintif (Yusoff) dan defendan (Anwar) dari 2 September 2018 hingga 5 Jun 2019”.

Antara dokumen lain yang dikehendaki presiden PKR itu ialah salinan akuan berkanun (SD) Yusoff bertarikh 19 November 2019 dan laporan polis bertarikh 7 Disember tahun yang sama.

yang dibuat terhadap setiausaha politik Anwar ketika itu, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak.

Yusoff menuduh Farhash menyerangnya pada Mei tahun itu yang menyebabkan beliau membuat laporan polis.

Dalam kenyataannya, Yusoff mendakwa Anwar menyerangnya secara seksual dan mencabulnya di rumah pemimpin itu di Segambut.

Yusoff juga mendakwa kesihatan mentalnya terjejas selepas dituduh berkonspirasi untuk menjatuhkan dan merosakkan karier politik Anwar.

Bekas pembantu itu menuntut ganti rugi khas, am, teruk dan teladan, bersama faedah dan kos perundangan.

Berita berkaitan
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024· Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024· Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024· Isu semasa
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024· Politik
Popular
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024
Saman ibu model warga Belanda dibunuh akan dibicarakan
December 7, 2022
Kemiskinan berleluasa, ketidakstabilan ekonomi akibat rasuah
February 8, 2023
Netizen persoal isu ‘roadtax’, MyJPJ jika bawa kenderaan orang lain
February 10, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok