Serah kepada BNM wajibkan pengeksport tukar hasil eksport kepada ringgit

July 10, 2023 · Isu semasa

Kerajaan menyerahkan kepada Bank Negara Malaysia (BNM) untuk membuat keputusan sama ada mewajibkan pengeksport menukarkan semula hasil yang dijana dalam mata wang asing kepada ringgit.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata langkah tersebut yang pernah diambil oleh bank pusat itu sekitar tahun 2016, mempunyai kelebihan dan kekurangannya dalam mengawal perbezaan kadar faedah ringgit dan mata wang asing, menurut laporan Bernama.

“Kalau kita lihat perbezaan kadar faedah (antara Kadar Dasar Semalaman dan Dana Persekutuan Amerika Syarikat (AS) memang agak besar, malahan kadar dolar AS lebih tinggi berbanding kadar ringgit.

“Ini di bawah bidang kuasa BNM. Ada pro dan kontra. Ia boleh dilihat sebagai satu bentuk kawalan modal, jadi (perkara) ini saya biarkan kepada kebijaksanaan BNM bagaimana nak mengawal,” katanya pada sidang media selepas merasmikan pra-pelancaran acara International Electric Mobility Showcase 2023, di sini, hari ini.

Mengimbas kembali, BNM pada Disember 2016 menetapkan pengeksport tempatan perlu menukarkan 75 peratus hasil yang dijana daripada eksport kepada ringgit dan hanya 25 peratus dibenar dikekalkan dalam mata wang asing.

Tengku Zafrul menyeru syarikat tempatan, terutamanya syarikat berkaitan kerajaan (GLC), untuk sama-sama memainkan peranan dalam menyokong pertumbuhan ringgit dan tidak hanya meletakkan tanggungjawab tersebut kepada kerajaan semata-mata

“Ini penting, kita mesti menunjukkan keyakinan terhadap mata wang kita terutamanya syarikat Malaysia dan GLC yang terlibat dalam pengeksportan.

“Sebagai sebuah negara dagangan, kita adalah pengeksport bersih. Kita mempunyai kedudukan akaun semasa, yang sepatutnya positif bagi mata wang kita, tetapi kita mesti (juga) memastikan (bahawa) kita terus bersemangat untuk menyokong mata wang negara kita juga,” katanya.

Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar AS pagi ini selepas pengumuman data senarai gaji bukan pertanian Amerika Syarikat yang lebih lemah dan ini telah membantu menstabilkan mata wang tempatan.

Pada 9 pagi, unit tempatan menambah nilai kepada 4.6555/6600 berbanding dolar AS daripada 4.6655/6675 pada penutup Jumaat.

Berita berkaitan
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
5 jam lalu· Isu semasa
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024· Politik
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024· Isu semasa
Popular
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok