Semasa kempen PRN, MB Selangor umum batal projek bina PJD Link

July 31, 2023 · Isu semasa

Kerajaan Negeri Selangor mengumumkan pembatalan permohonan pembinaan Lebuh Raya Bertingkat Penyuraian Trafik Petaling Jaya (PJD Link) di kawasan Bandaraya Petaling Jaya pad hari ketiga kempen PRN bermula.

Menteri besar sementaranya, Datuk Seri Amirudin Shari berkata keputusan itu dibuat kerana pihaknya tidak berpuas hati dengan laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA), Kajian Penilaian Impak Sosial (SIA), dan Kajian Penilaian Impak Trafik  (TIA) yang dikemukakan pemaju.

“Setelah meneliti laporan penilaian impak, kerajaan negeri tidak berpuas hati dengan Pelan PJD Link yang dikemukakan kerana tidak menepati syarat yang ditetapkan.

“Oleh itu Kerajaan Negeri Selangor pada hari ini mengambil keputusan membatalkan permohonan pembinaan PJD Link,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Kata beliau, pada awalnya cadangan pembinaan lebuhraya tersebut mendapat kelulusan prinsip daripada jemaah menteri Persekutuan pada 12 November 2017.

Kemudian katanya, cadangan itu dibawa kepada Majlis Tindakan Ekonomi Negeri Selangor (MTES) pada 3 September 2020 dan kajian dijalankan dengan melibatkan penduduk di kawasan Petaling Jaya.

Seterusnya, cadangan itu dibentangkan kepada jemaah menteri kerajaan Persekutuan pada 12 November 2021 melalui Memorandum Jemaah Menteri untuk kelulusan bersyarat supaya cadangan ini memenuhi semua syarat yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri Selangor.

Susulan daripada itu, perjanjian konsesi antara Kerajaan Persekutuan di bawah Perikatan Nasional dan pemaju berkenaan ditandatangani pada 5 April tahun lalu dengan syarat syarikat berkenaan melaksanakan secara penuh EIA, SIA dan TIA sebelum perjanjian tersebut diaktifkan.

Sebelum ini media beberapa kali melaporkan bantahan penduduk sekitar Kinrara terhadap pembinaan tersebut kerana diyakini memberi kesan buruk kepada kesejahteraan dan sosio-ekonomi penduduk termasuk perobohan beberapa penempatan pendudukan.

Difahamkan pembinaan PJD Link itu dikatakan untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas namun penduduk mendakwa ia tidak relevan kerana di kawasan itu mempunyai kemudahan pengangkutan awam.

Berita berkaitan
Rahman Dahlan nafi UMNO Sabah sudah muktamadkan kerjasama dengan Warisan
December 15, 2023· Politik
Hilman kekal ADUN Gombak Setia, mahu ambil tindakan undang-undang
December 11, 2023· Politik
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
November 29, 2023· Politik
Kerusi DUN Suka Menanti kekal milik PN, calon PH diarah bayar RM15,000
October 18, 2023· Politik
Popular
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024
Kenapa Anwar marah selepas pendedahan syarikat ‘scam’ mahu derma vaksin?
May 20, 2021
Tiada Ketua Polis Daerah di Selangor suspek kes dera
September 9, 2022
Kos umrah meningkat, apa puncanya?
February 15, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
12 jam lalu · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok