
Harga mingguan petrol.
Harga runcit bagi petrol RON97 dan RON 95 serta diesel kekal bagi tempoh 24 hingga 30 Ogos ini.
Sebelum ini semasa kempen pilihan raya, janji menurunkan harga minyak petrol kenderaan yang sering menjadi modal gabungan Pakatan Harapan (PH) tetapi ia masih gagal ditunaikan sehingga kini.
Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan hari ini memaklumkan berdasarkan harga runcit mingguan produk petroleum menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM), RON97 akan kekal RM3.37 seliter, RON95 (RM2.05 seliter) dan diesel (RM2.15 seliter), menurut laporan Bernama.
“Untuk melindungi pengguna daripada kenaikan harga minyak di pasaran global, kerajaan akan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 dan diesel RM2.15, walaupun harga pasaran kedua-dua produk itu meningkat melebihi harga siling ditetapkan,” menurut kenyataan itu.
Menurut MOF kerajaan akan terus memantau trend harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah sewajarnya bagi memastikan kebajikan serta kesejahteraan rakyat terpelihara