Salahuddin dikebumi di Pontian tengahari ini

July 24, 2023 · Isu semasa

Jenazah Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub, dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Sulong, Serkat di Pontian, Johor, pada jam 12 tengah hari ini.

Menurut jadual perancangan dikongsikan oleh Setiausaha Akhbar kepada Salahuddin, Syakirin Husnal, ziarah jenazah di kediaman ibu Allahyarham ditetapkan pada jam 7 pagi di Kampung Serkat (Kopi Tenggek), Tanjung Piai, menurut laporan Bernama.

Ziarah jenazah di kediaman Allahyarham pula ditetapkan pada jam 10 pagi di TL7, Jalan Adil, Serkat, manakala solat jenazah dijadualkan pada jam 11 pagi di Masjid Jamek Dato’ Hj Noh Gadot, Serkat.

“Keluarga Allahyarham turut mengirimkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak atas doa serta ingatan terhadap Allahyarham,” katanya.

Terdahulu, jenayah Allahyarham selesai disolatkan di Masjid Al-Badar, Jalan Langgar, Alor Setar, pada jam 12.22 tengah malam.

Sebelum itu, van membawa jenazah Allahyarham dari Jabatan Forensik HSB tiba di pekarangan masjid pada jam 12.15 tengah malam.

Solat jenazah itu diimamkan oleh Imam masjid, Abu Bakar Shaikh Abdullah, dan disertai kira-kira 100 jemaah.

Selesai solat, van membawa jenazah Allahyarham ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (LTSAH) untuk diterbangkan ke Johor kira-kira jam 1 pagi ini.

Salahuddin, 61, yang juga Ahli Parlimen Pulai dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simpang Jeram, meninggal dunia pada jam 9.23 malam tadi di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, Kedah.

Beliau yang juga Timbalan Presiden AMANAH dikejarkan ke wad kecemasan HSB pada jam 10.15 malam Jumaat lalu setelah mengalami mual serta muntah-muntah, sebelum disahkan mengalami pendarahan otak oleh doktor pakar.

Berita berkaitan
Rahman Dahlan nafi UMNO Sabah sudah muktamadkan kerjasama dengan Warisan
December 15, 2023· Politik
Spekulasi rombakan Kabinet Anwar esok?
December 11, 2023· Politik
Hilman kekal ADUN Gombak Setia, mahu ambil tindakan undang-undang
December 11, 2023· Politik
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
November 29, 2023· Politik
Popular
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024
Majlis Hari Raya dengan tarian separuh bogel, polis tahan instafamous
May 30, 2022
Luluh hati Chef Wan anak kahwin di Siam
April 10, 2021
RM155 juta dilesapkan Macau Scam
June 18, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
8 jam lalu · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok