RM86.7 bilion dibelanja pada suku pertama: Kementerian Kewangan

July 27, 2022 · Isu semasa

Perbelanjaan Kerajaan Persekutuan berjumlah RM86.7 bilion pada suku pertama 2022, demikian menurut Kementerian Kewangan (MOF).

“Sebahagian besar perbelanjaan adalah untuk menampung bayaran emolumen (RM22 bilion), bayaran khidmat hutang (RM9.1 bilion) dan bayaran persaraan (RM8.4 bilion).

“Selain itu, sebanyak RM11.5 bilion telah dibelanjakan bagi tujuan subsidi, bantuan dan insentif termasuk subsidi petrol, diesel dan gas cecair memasak serta bayaran Bantuan Keluarga Malaysia fasa 1,” kata kementerian itu dalam jawapan bertulis di Parlimen di sini.

Ia adalah bagi menjawab soalan Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (PH-Kulim-Bandar Bharu) mengenai keupayaan semasa kewangan kerajaan menunaikan komitmen pembayaran hutang, tanggungan subsidi dan pembayaran emolumen dan pencen.

Beliau juga ingin tahu nilai keseluruhan komitmen tanggungan subsidi, emolumen dan pencen serta bayaran hutang setakat suku pertama tahun 2022.

Menurut Kementerian Kewangan, pembayaran hutang, bayaran persaraan dan emolumen merupakan komponen perbelanjaan yang diberi keutamaan terlebih dahulu (locked-in) berbanding komponen perbelanjaan yang lain.

Sehubungan itu, kerajaan sentiasa memastikan agar kedudukan kewangan kerajaan adalah kukuh bagi memastikan keupayaan untuk membayar komitmen tersebut, jelasnya. – Bernama

Berita berkaitan
MOF tak benarkan pengeluaran KWSP bersasar kerana jejas simpanan persaraan
November 24, 2023· Isu semasa
SPR tetapkan PRK DUN Jepak pada 4 November
September 25, 2023· Politik
Dokumen didedah bukti PMX berbohong, Muhyiddin minta peguam teruskan tindakan saman
July 20, 2023· Politik
Berjaya, Naza saman Kementerian Kewangan
July 17, 2023· Isu semasa
Popular
Kesunyian punca jadi pembuli siber
September 9, 2022
Pembela bantah Kerajaan Madani tarik balik rayuan kes kalimah Allah
May 15, 2023
110,000 pesakit berisiko kumpulan pertama dirawat guna Paxlovid
March 5, 2022
Tiada Ketua Polis Daerah di Selangor suspek kes dera
September 9, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
19 jam lalu · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok