Ringgit mata wang paling rendah di Asia bagi 2023

July 1, 2023 · Isu semasa

Ringgit mencatatkan penurunan hampir 6 peratus (%) pada separuh pertama 2023 mendahului kejatuhan dalam kalangan mata wang negara Asia, manakala ekuiti negara ini dan Thailand adalah yang terburuk dalam pasaran campuran.

Sinar Harian yang memetik laporan Reuters menyebut, berdasarkan rekod pada Jumaat, kebanyakan mata wang Asia pulih daripada kerugian awal dengan peso Filipina dan baht Thailand mendahului peningkatan di mana masing-masing mencatatkan kenaikan 0.4%.

Bagi separuh pertama 2023, ringgit mencatatkan kejatuhan terbesar dalam kalangan negara sedang pesat membangun Asia apabila susut 5.8% disebabkan oleh aliran keluar modal.

Kali terakhir diniagakan adalah pada 4.670 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) menghampiri paras terendah dalam lapan bulan ini.

“Ringgit mencatatkan prestasi yang kurang baik di Asia berikutan aliran keluar ekuiti asing yang berterusan. Begitu pun, peningkatan dari segi pertumbuhan boleh mengubah sentimen dan kita boleh melihat ringgit berbanding dolar AS mengukuh sekitar paras 4.60 hingga 4.70 pada separuh kedua 2023,” kata Ahli Strategi Makro DBS Bank, Wei Liang Chang.

Pasaran saham tempatan jatuh sehingga 7.7% dalam tempoh sama dan antara negara yang mencatatkan prestasi terburuk di rantau ini.

Pada minggu depan, Bank Negara Malaysia (BNM) akan bermesyuarat untuk membuat keputusan berkenaan Kadar Dasar Semalaman (OPR).

Penganalisis di Barclays menjangkakan, bank pusat akan mengekalkan dan tidak mengubah kadar penanda arasnya.

Sementara itu, baht Thailand jatuh juga hampir 3% tahun ini dan ketika ini berada di paras terendah dalam tujuh bulan.

Ia kekal berada di bawah tekanan kerana ekonomi kedua terbesar Asia Tenggara itu mengalami keadaan tidak menentu untuk memilih perdana menteri baharu.

“Punca utama (kelemahan mata wang Asia berbanding dolar AS) adalah Pengerusi Rizab Persekutuan (Fed), Jerome Powell terus membayangkan retorik kadar faedah tinggi, dengan memberikan isyarat sekurang-kurangnya dua kali lagi kenaikan kadar,” kata Ahli Strategi Kanan Asia ANZ, Irene Cheung.

Sementara itu, yuan China turut susut kepada 7.2615 setiap dolar pada hari Jumaat yang juga merupakan paling lemah sejak 10 November lalu.

Berita berkaitan
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024· Isu semasa
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024· Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Sekarang siapa jadi kerajaan, Muhyiddin kritik isu kejatuhan ringgit
February 24, 2024· Isu semasa
Popular
Kesunyian punca jadi pembuli siber
September 9, 2022
Pembela bantah Kerajaan Madani tarik balik rayuan kes kalimah Allah
May 15, 2023
110,000 pesakit berisiko kumpulan pertama dirawat guna Paxlovid
March 5, 2022
Tiada Ketua Polis Daerah di Selangor suspek kes dera
September 9, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
18 jam lalu · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok