
20 peratus kumpulan isi rumah M40 yang mempunyai pendapatan antara RM4,850 hingga RM10,959 telah beralih kepada B4.
Susulan kejatuhan mata wang negara yang semakin teruk kebelakangan ini, Tun Dr Mahathir Mohamad mencadangkan agar pendekatan sama diperkenalkanya semasa krisis kewangan Asia sekitar 1998 lalu digunakan semula.
Bekas Perdana Menteri itu berkata kerajaan perlu menetapkan sekali lagi nilai ringgit RM3.80 kepada 1 dolar Amerika (USD), langkah sama yang diperkenalkan dan berjaya mengelakkan negara terjebak dalam krisis kewangan yang lebih parah ketika itu.
“Apabila kita tetapkan nilai ringgit pada RM3.80 satu dollar AS dan kita jamin bekalan dolar AS kepada sesiapa yang sanggup membayar RM3.80 untuk satu dollar AS, maka nilai ringgit tidak lagi akan turun naik.
“Peniaga mata wang pun tidak dapat turunkan nilai ringgit dengan menjual ringgit dengan banyaknya untuk jatuhkan nilainya,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Jelasnya, kejatuhan ringgit berbanding dolar baru-baru ini berlaku turun naik kerana nilainya tidak tetap dan dijamin oleh kerajaan.
Dr Mahathir juga menjelaskan senario semasa krisis kewangan Asia 1997-98 apabila nilai ringgit jatuh kerana spekulasi oleh peniaga mata wang.
Beliau menetapkan nilai ringgit pada RM3.80 kepada 1 USD pada 1998 selepas menyalahkan spekulator atas kejatuhan mata wang Asia yang membawa kepada krisis kewangan di seluruh rantau ini.
Menurutnya lagi, walaupun tindakannya itu pada mulanya dikritik, institusi kewangan seperti Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa kemudiannya mengakui bahawa dasar itu menghentikan turun naik nilai ringgit dan membantu memulihkan kewangan negara.
Prestasi ringgit sejak kebelakangan ini menjadi tidak menentu berbanding dolar AS atau pun menghadapi matawang serantau seperti dolar Singapura.
Dari minggu ke minggu, ringgit diniagakan lebih rendah berbanding dolar AS pada kadar 4.3230/3270 pada hujung April lalu.
Ringgit tidak pernah menaik pada 2022 untuk mencecah paras RM4.10 atau RM4.00 berbanding dolar AS
Malah Ringgit susut berbanding dolar Singapura kepada 3.1633/1667 daripada 3.1198/1242 yang dicatatkan hujung April, melemah berbanding yen Jepun kepada 3.3652/3686 daripada 3.3465/3510.
Kekuatan mata wang tempatan itu turut merosot berbanding pound Britain kepada 5.5641/5693 daripada 5.5308/5374 dan berkurangan berbanding euro kepada 4.6710/6753 daripada 4.5776/5830 sebelum ini.
Terdahulu, Bank Negara Malaysia juga mengumumkan kenaikkan kadar dasar semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas kepada 2.0 peratus.
Keputusan itu dibuat semasa mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari ketiganya, hari ini.
Sejak 7 Julai 2020, kadar OPR kekal pada 1.75 peratus, paras terendah dalam rekod.
Langkah terbaharu ini diambil sebagai langkah untuk mengelakkan mata wang negara daripada jatuh lebih teruk.