Remaja seludup PATI kena SOSMA

August 17, 2022 · Isu semasa

Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun yang menjadi tajuk berita kerana menyeludup sekumpulan pendatang asing tanpa izin (PATI) menggunakan Toyota Vellfire awal bulan ini, didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, hari ini.

Pertuduhan dibacakan kepadanya di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Azura Alwi.

Tiada pengakuan direkodkan kerana kes itu adalah kesalahan keselamatan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Sosma) yang akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi.

Dia didakwa atas satu pertuduhan menyeludup 25 pendatang tanpa izin, mengikut eksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007, dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun, dan boleh juga didenda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Memetik Bernama, remaja itu didakwa bersama-sama seorang yang masih bebas melakukan perbuatan itu di Jalan Manjoi 3, Taman Sri Kuching, Sentul di sini pada 12.05 tengah hari, 2 Ogos lepas.

Pada prosiding hari ini pihak media tidak dibenarkan masuk ke dalam mahkamah memandangkan kes itu melibatkan pesalah juvana.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Zuraidi Zulkifli manakala remaja itu tidak diwakili peguam.

Muhamad Zuraidi ketika ditemui pemberita selepas prosiding berkata mahkamah menetapkan 17 Oktober ini untuk sebutan semula kes bagi mendapatkan izin memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi untuk dibicarakan.

Media sebelum ini melaporkan, polis telah menahan remaja lelaki berusia 17 tahun yang didapati mengambil upah membawa 25 pendatang tanpa izin ke ibu negara selepas menahan kenderaan Toyota Vellfire yang dinaiki mereka di Jalan Selinsing di sini.

Ketua Polis Daerah Sentul ACP Beh Eng Lai berkata kenderaan yang dipandu remaja itu dikesan dalam keadaan mencurigakan oleh sepasukan anggota sekitar Jalan Manjoi 3, Taman Sri Kuching dekat sini pada 12.05 tengah hari.

Katanya, remaja itu enggan memberhentikan kenderaan selepas diarahkan polis dan bertindak melarikan diri, sebelum terbabas akibat terlanggar sebuah motosikal yang ditunggang seorang anggota polis yang sedang bertugas serta tiga kereta orang awam.

Siasatan mendapati remaja dan seorang lagi rakannya yang telah melarikan diri itu membawa kesemua pendatang izin dengan bayaran RM6,000 seorang dari Rantau Panjang, Kelantan ke Kuala Lumpur.

Berita berkaitan
Remaja cuba samun pemandu e-hailing didakwa esok
December 2, 2023· Isu semasa
Pertama kali berlaku kes 43 rakyat Malaysia diseludup ke Amerika Selatan
October 11, 2023· Isu semasa
Minuman keras tak bercukai RM1.5 juta dirampas polis
October 1, 2023· Isu semasa
Rayuan pemuda bakar sekolah tahfiz ditolak mahkamah
September 11, 2023· Uncategorized
Popular
Armada Bersatu gesa siasat video warga Malaysia dengan pembantu PM Israel
December 5, 2023
Masalah pengangkutan awam tiada kesudahan
June 27, 2022
Cukai RM9.41 juta: Shafee dan LHDN dalam proses selesaikan tunggakan
December 5, 2023
Muhyiddin nasihat hati-hati pulang sempena cuti Krismas
December 24, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Armada Bersatu gesa siasat video warga Malaysia dengan pembantu PM Israel
December 5, 2023 · Isu semasa
Sindiket pasport terbang berjaya ditumpaskan Imigresen Johor
December 5, 2023 · Isu semasa
Pesara tentera lesap RM125,000 ditipu ‘phone scam’
December 5, 2023 · Isu semasa
Cukai RM9.41 juta: Shafee dan LHDN dalam proses selesaikan tunggakan
December 5, 2023 · Isu semasa
Bergantung kepada siasatan sama ada tangkap Agus atau tidak: Razarudin
December 5, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Kedah, Itali jalin kerjasama jayakan Kedah Aerotropolis
12 jam lalu
[VIDEO] Kit Siang patut nasihat UMNO tukar presiden, PAS elok dah
December 5, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok