Ratusan mesej saya terima, harap semua bersabar: Shahidan

October 7, 2021 · Isu semasa

Datuk Seri Shahidan Kassim berharap semua pihak yang menelefon dan menghantar mesej kepadanya berhubung aduan kerosakan jalan raya sekitar Kuala Lumpur diharap bersabar, ia memandangkan terdapat ratusan mesej yang masuk dalam telefonnya.

Bagaimanapun, Menteri Wilayah Persekutuan itu berjanji akan meneliti setiap satu aduan yang dihantar kepadanya dan akan mengambil langkah segera untuk mengatasi segala permasalahan warga wilayah yang membuat aduan.

“Ratusan orang hubungi dan mesej saya, saya akan layan dan harap semua bersabar,” katanya kepada Agenda Daily.

Shahidan memberi komitmen setiap aduan yang diterimanya tidak akan dibiarkan tanpa sebarang tindakan dan memberi jaminan langkah proaktif akan dijalankan serta-merta tanpa melengah-lengahkan aduan tersebut.

“Saya berharap orang ramai dapat menghantar khidmat pesanan ringkas (sms) kepada saya, ia lebih memudahkan kerana jika menghantar Whatsapp atau menelefon, ia akan menyukarkan saya untuk menjawab semua aduan dan permintaan yang dibuat,” katanya.

Terdahulu, Ahli Parlimen Arau itu berkongsi nombor telefon peribadi kepada penduduk Kuala Lumpur sekiranya beliau atau Timbalannya, Datuk Seri Jalaluddin Alias diperlukan.

Beliau juga turut berkongsi nombor telefon Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mahadi Che Ngah.

Shahidan berkata, beliau dan timbalannya serta datuk bandar sentiasa bersedia 24 jam untuk menerima sebarang aduan berkaitan kerosakan jalan raya di ibu negara.

“Kami bersiap siaga. Rakyat Malaysia boleh hubungi. Yang baru datang Kuala Lumpur, jumpa jalan berlopak boleh hubungi kami dan kami akan ambil tindakan dalam 24 jam.

“Kita mahu jadi yang terbaik di Malaysia dan dunia,” katanya ketika menggulung perbahasan Rancangan Malaysia ke-12 bagi kementeriannya di Parlimen hari ini.

Selain itu, menurut Shahidan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) juga telah bersetuju untuk bertindak segera ke atas sebarang aduan kerosakan jalan raya di ibu negara.

“Saya sudah berbincang dengan DBKL dan mengarahkan supaya mana-mana aduan, rungutan dan makluman mengenai kerosakan jalan hendaklah diambil tindakan segera dalam masa 24 jam,” katanya lagi.

Berita berkaitan
Penonton dakwa dipukul pasukan keselamatan semasa perlawanan akhir Piala FA
July 24, 2023· Isu semasa
UMNO menang 26 kerusi dulu pun sebab ‘No Anwar, No DAP’: Shahidan
July 8, 2023· Politik
Orang UMNO, kesian hampa kena tipu dengan Zahid: Shahidan
July 7, 2023· Politik
Akta Hasutan: Kertas siasatan dua pemimpin PN diserah kepada AGC
June 8, 2023· Politik
Popular
Kumpulan peguam persoal PH dan PMX membisu hukuman penjara Wan Ji
September 26, 2023
Mahkamah kembalikan perintah pengharaman buku Gay is Okay! A Christian Perspective”
September 25, 2023
Gaduh kumpulan motosikal besar, seorang ditahan positif dadah
September 25, 2023
NGO desak tanah rizab Melayu dikembalikan di Sitiawan, pertikai langkah pindah milik
September 26, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Jangan gopoh, kata Mat Sabu ulas gesaan halang warga asing beli beras
1 jam lalu · Isu semasa
Permohonan lelaki bunuh kekasih hamil dirujuk psikiatri ditolak mahkamah
2 jam lalu · Isu semasa
Kedah dan Perlis dilanda banjir, PPS dibuka pindahkan mangsa
4 jam lalu · Isu semasa
NGO desak tanah rizab Melayu dikembalikan di Sitiawan, pertikai langkah pindah milik
5 jam lalu · Isu semasa
Kumpulan peguam persoal PH dan PMX membisu hukuman penjara Wan Ji
5 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Saya bukan orang jahat, SPRM tanya empat soalan REE, kata Sanusi
23 jam lalu
[VIDEO] Untuk menang PRK Pelangai, jentera PN bersemangat bila pemimpin ada keyakinan
September 25, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok