Ratu Naga lapor polis terhadap fitnah portal BN, mahu saman pemilik laman Mykmu

November 18, 2021 · Isu semasa

Seorang aktivis media sosial Syarul Ema Rena Abu Samah atau dikenali Ratu Naga membuat laporan polis terhadap portal pro-Barisan Nasional (BN) yang didakwa memfitnahnya menerima imbuhan daripada Perikatan Nasional (PN).

Syarul Ema membuat laporan di Balai Polis Melaka Tengah pada hari ini selepas portal Mykmu.net dalam satu artikel bertajuk ‘War Room Perikatan Nasional Ditutup’ yang ditulis Megat Terawih menuduhnya dibayar oleh PN untuk menjalankan tugas sebagai jentera siber semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kali ini.

Portal tersebut menuduh Syarul Ema dibayar RM1 juta untuk membiayai pasukan sibernya tetapi dipecat kerana gagal memberikan impak dalam perang siber semasa PRN Melaka kali ini.

“Menurut sumber dalaman parti, Muhyiddin memberikan bajet yang besar kepada kumpulan pemain siber yang diketuai oleh individu yang menggunakan nama Ratu Naga dan Ratu Badak.

“Lebih dari RM1juta ‘dilaburkan’ termasuk pembelian peralatan baharu dan juga elaun khas untuk pasukan yang kesemuanya dipilih oleh ketua pasukan tersebut,” tulis portal tersebut yang memfitnah Ratu Naga tersebut.

Bagaimanapun, Syarul Ema menafikan berhubung tuduhan tersebut dengan menyifatkan ia sebagai tuduhan liar yang cuba mencemarkan imejnya, malah menafikan menyertai mana-mana parti politik dalam PN sama ada Bersatu mahupun lain-lain parti.

“Segala kenyataan di dalam portal Mykmu.net adalah fitnah dan saya menafikan tuduhan dalam portal ini.

“Oleh itu saya datang ke balai membuat polis mahu siasatan daripada pihak polis serta mahu rujuk pihak SKMM (Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia) dan peguam bagi tindakan lanjut,” kata Syarul Ema dalam laporan polis yang dilihat Agenda Daily.

Syarul Ema juga menyifatkan tuduhan berhubung status anak dan perkahwinannya sebagai agak keterlaluan dan melampaui batas, oleh sebab itu menimbang untuk mengambil tindakan mahkamah terhadap portal dan penulis artikel tersebut.

“Keterlaluan sehingga memainkan isu anak dan perkahwinan saya, oleh sebab itu saya akan mengambil tindakan mahkamah dengan menyaman portal tersebut dan penulis artikel yang menyebarkan fitnah palsu terhadap saya,” katanya lagi.

Penulis Mykmu itu mendakwa dalam artikelnya dengan berkata, “Isu peribadinya juga mula terbongkar berhubung status pernikahan dan anaknya. Moral dan integritinya tercalar dan terbongkar tanpa dapat ditepis oleh beliau sendiri.”

Apabila ditanya berhubung tindakan saman tersebut, Syarul Ema menimbang untuk menuntut ganti rugi dan permohonan maaf portal tersebut yang didakwa pemiliknya adalah seorang pengikut fanatik bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Link artikel Mykmu: War Room Perikatan Nasional Ditutup 

Berita berkaitan
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024· Politik
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Dua bekas pembantu Najib antara disaman seorang penceramah bebas
December 27, 2023· Politik
Rahman Dahlan nafi UMNO Sabah sudah muktamadkan kerjasama dengan Warisan
December 15, 2023· Politik
Popular
MB Perlis cerai isteri talak satu
August 25, 2022
PN akan terus desak caruman KWSP bersasar dibenarkan
March 16, 2023
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Betul adalah betul, salah adalah salah, kata anak perempuan Rosmah dengan bekas suami lama
September 2, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok