PU Azman mengaku tak bersalah pertuduhan amang seksual fizikal

December 21, 2022 · Isu semasa

Pendakwah selebriti, Azman Syah Alias atau lebih dikenali sebagai Pencetus Ummah (PU) Azman, hari ini (21 Disember 2022) mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap remaja lelaki berusia 17 tahun.

Dia membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Ampang, Norhazani Hamzah.

Mengikut pertuduhan, PU Azman, 41, melakukan kesalahan terbabit di sebuah bilik resort di Hulu Langat, pada waktu tengah hari 22 Julai lalu.

Dengan itu, tertuduh melakukan kesalahan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 14 (d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun serta sebatan jika sabit kesalahan, menurut BH.

Mahkamah Sesyen Ampang menjadi mahkamah ketiga PU Azman didakwa atas kes seksual selepas dihadapkan di Mahkamah Sesyen Klang dan Mahkamah Sesyen Seremban masing-masing pada awal bulan ini serta Oktober lalu.

Di Mahkamah Sesyen Klang, pendakwah selebriti terbabit didakwa atas empat pertuduhan melakukan amang dan komunikasi seksual serta kelucahan melampau pada tiga remaja lelaki tahun ini.

Tertuduh turut didakwa di Mahkamah Sesyen Seremban atas lima pertuduhan melakukan amang seksual terhadap dua remaja lelaki pada tahun sama.

PU Azman mengaku tidak bersalah bagi kesemua sembilan pertuduhan berkenaan di hadapan dua Hakim Mahkamah Sesyen, Datin Surita Budin dan Syafeera Mohd Said serta Majistret Amirul Asyraf Abd Rasid.

Dalam prosiding hari ini, Timbalan Pendakwa Raya, Norhashimah Hashim memohon PU Azman tidak diikat jamin.

Bagaimanapun, peguam bela pendakwah selebriti itu, Mohamad Zahid Ahmad, berkata jaminan perlu diberikan kerana ia penting bagi tertuduh menyediakan pembelaan terbaik untuk kesnya.

Katanya, jaminan turut diberikan kepada PU Azman dalam pertuduhan kes sama di Mahkamah Klang dan Seremban.

Pihak pembelaan percaya tiada alasan luar biasa bahawa mahkamah dengan budi bicaranya tidak boleh membenarkan jaminan.

“Ia memandangkan tertuduh memberi kerjasama yang baik terhadap kes berkenaan serta mengikut prosiding dan syarat mahkamah ditetapkan sebelum ini.

“Saya dengan rendah diri mohon jaminan paling minimum diberikan selepas Mahkamah Klang membenarkan tertuduh diikat jamin RM24,000, manakala RM40,000 di Mahkamah Seremban.

“Syarat sama ditetapkan oleh mahkamah sebelum ini iaitu melaporkan diri pada minggu pertama setiap bulan di Balai Polis Rantau serta dilarang mendekati mangsa dan saksi pendakwaan, selain pasport ditahan di Mahkamah Seremban dan perkara itu diikuti Mahkamah Klang.

“Kakak tertuduh hadir dan sedia menjadi penjamin. Rayuan jaminan rendah juga kerana pendapatan tertuduh terjejas teruk untuk menanggung diri dan adik-beradik lain yang tak bekerja,” katanya.

Susulan itu, Norhashimah berkata, jaminan tinggi perlu diberikan jika mahkamah membenarkannya bagi menunjukkan tahap keseriusan pertuduhan itu.

“Kita mahu memastikan kehadiran tertuduh di mahkamah. Jaminan tinggi mengambil kira kes amang fizikal yang menarik perhatian umum.

“Mohon syarat tambahan iaitu tertuduh tidak mengganggu saksi pendakwaan,” katanya.

Hakim kemudian menetapkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin.

“Syarat tambahan iaitu melaporkan diri di balai polis berdekatan pada setiap satu haribulan, dilarang mendekati mangsa dan saksi pendakwaan serta pasport diserahkan kepada mahkamah sehingga kes selesai dibicarakan.

“Sebutan kes ditetapkan pada 10 Februari tahun depan,” katanya.

Popular
Zaid Ibrahim disiasat bawah Akta Hasutan, diambil keterangan
September 21, 2023
Ribuan peniaga diramal gulung tikar ekoran kenaikan harga bahan mentah: Laporan
September 20, 2023
Kemalangan treler: Pekerja Pos Malaysia dan Mahkamah Ampang dikenal pasti maut
September 20, 2023
Kemalangan treler Putrajaya: Pemandu direman empat hari
September 21, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Zaid Ibrahim disiasat bawah Akta Hasutan, diambil keterangan
5 jam lalu · Isu semasa
RM4 juta masuk akaun Najib dari syarikat berkait Jho Low: Saksi
5 jam lalu · Isu semasa
Kemalangan treler Putrajaya: Pemandu direman empat hari
5 jam lalu · Isu semasa
Penagih dadah meningkat 27 peratus, kata AADK
8 jam lalu · Isu semasa
Kemalangan treler: Pekerja Pos Malaysia dan Mahkamah Ampang dikenal pasti maut
21 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Susah senang bersama, PN tidak akan khianat pengundi sertai kerajaan PH-BN
4 jam lalu
[VIDEO] Rakyat beratur beli beras Rahmah macam negara kita miskin
7 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok