Proton lancar varian baharu X70

July 23, 2021 · Isu semasa

Proton Holdings Bhd (Proton) melancarkan varian baharu pada barisan model X70, Proton X70 Special Edition (X70 SE), bagi memperkukuhkan lagi daya tarikan SUV segmen-C terlaris di Malaysia.

Menawarkan jumlah yang terhad – 2,000 unit – Proton X70 Edisi Istimewa diposisikan di bahagian atas barisan model Proton dan mempunyai ciri-ciri baharu yang mewah bersama dengan warna istimewa.

Proton dalam kenyataannya berkata secara mekanikal, Proton X70 Edisi Istimewa mempunyai spesifikasi yang sama dengan varian Premium 2WD dan oleh itu ia juga menggunakan enjin 1.8L TGDi dan transmisi dwi-klac 7-kelajuan.

Ketua Pegawai Eksekutif, Proton Edar, Roslan Abdullah berkata perbezaannya hadir pada pakej gaya luaran dan hiasan dalaman untuk meningkatkan daya tarikannya.

Proton X70 Edisi Istimewa ditawarkan dengan warna baharu iaitu Ocean Blue dan Ruby Red dan juga mempunyai atap, spoiler belakang dan cermin pintu yang diwarnakan hitam serta reka bentuk baru ‘sport rim’ 19 inci. Lambang SE eksklusif juga dipasang pada bahagian belakang sebagai sentuhan terakhir.

“Bagi memadankan warna hitam pada bahagian luar, bahagian dalaman juga berwarna hitam bersama perincian mewah yang menaikkan lagi suasana kabin. Ini juga termasuk tempat duduk kulit Nappa hitam yang lembut, kemasan hiasan dalaman dan tikar karpet khas SE yang baru.

“Sama seperti Proton X70 yang lain, Proton X70 Edisi Istimewa dilengkapi dengan Sistem Penulenan Udara Pintar Proton (P-IAPS) yang menggabungkan kebaikan Penapis Kabin N95 dan sistem pembersihan udara untuk menawarkan perlindungan terhadap pencemaran bawaan udara.

“Ia juga dilengkapi dengan senarai ciri keselamatan termasuk enam SRS bag udara dan Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS) yang menambah lapisan keselamatan aktif bagi mengurangkan risiko kemalangan, Sistem Pemantauan Tekanan Tayar (TPMS) dan Kamera 360,” katanya.

Roslan berkata, dengan penambahan Proton X70 Edisi Istimewa pada barisan model kami, Proton telah melebarkan lagi pasaran sasaran peringkat atas.

“Walaupun ianya adalah keluaran terhad, kami yakin bahawa ia akan menarik minat pembeli kereta mewah yang sedang mencari SUV baru pada harga yang berpatutan,” katanya.

Proton X70 Edisi Istimewa ditawarkan dengan harga atas jalan tanpa insurans RM123,800. Sehingga 31 Disember 2021, tertakluk pada ketersediaan, ia akan dijual dengan insentif cukai jualan PEMERKASA+ bernilai RM7,000. Ia kini boleh ditempah secara dalam talian dari harga serendah RM99. Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari www.proton.com.

Berita berkaitan
Proton perkenal SUV baharu X90
March 28, 2023· Isu semasa
Tiga pengeluar tanggung SST kereta tak sempat diserah 31 Mac: Laporan
March 25, 2023· Isu semasa
Proton catat jualan tertinggi dalam tempoh sembilan tahun pada Ogos
September 2, 2022· Isu semasa
Jualan kereta Proton meningkat 10.8 peratus
June 4, 2022· Isu semasa
Popular
MB Perlis cerai isteri talak satu
August 25, 2022
PN akan terus desak caruman KWSP bersasar dibenarkan
March 16, 2023
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Betul adalah betul, salah adalah salah, kata anak perempuan Rosmah dengan bekas suami lama
September 2, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok