Polis tahan lelaki rampas beg wanita langgar keretanya

November 28, 2021 · Isu semasa

Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai merampas beg tangan dari sebuah kenderaan yang melanggar keretanya di Kilometer 14.6 Lebuhraya Persekutuan arah Klang ke Kuala Lumpur bagi membantu siasatan semalam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Baharudin Mat Taib dalam kenyataan memaklumkan suspek yang berusia 56 tahun itu ditahan pada pukul 6.30 petang selepas hadir bagi membuat laporan polis berkaitan kemalangan jalan raya itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, menurut laporan Bernama.

Beliau berkata kejadian berlaku pada kira-kira pukul 1.33 petang apabila seorang wanita yang memandu kereta BMW dari arah Klang menghala Kuala Lumpur terlanggar belakang kenderaan milik lelaki berkenaan.

Kertas siasatan berhubung kes itu telah dibuka di bawah Seksyen 379 dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Ketika ini tular di media sosial satu video berdurasi 1.30 saat yang memaparkan seorang lelaki dilihat mengambil beg tangan wanita itu dan meminta wanita berkenaan mengikutnya ke balai polis untuk membuat laporan.

Berita berkaitan
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024· Isu semasa
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024· Isu semasa
Lelaki dalam video tular sokong Israel ditahan polis
December 7, 2023· Isu semasa
Kes empat beradik ditinggalkan, dua individu ditahan dipercaya ibu bapa
November 29, 2023· Isu semasa
Popular
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024
Helikopter terhempas di Bidor, juruterbang terbunuh: Polis
September 12, 2022
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok