PMX baharu dapat tahu hanya satu mesin pengimbas kastam berfungsi

July 3, 2023 · Isu semasa

Semasa turun melawat Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam, Datuk Seri Anwar Ibrahim baharu mengetahui hanya satu mesin pengimbas kastam berfungsi di pintu masuk.

Perdana Menteri (PMX) semalam melawat KLIA susulan kekecohan berpunca daripada seorang Menteri Kabinetnya dengan pegawai imigresen, bagaimanapun mendapati semua operasi agensi di lapangan terbang negara itu berjalan dengan baik.

“Cuma saya lihat umpamanya mesin pengimbas Kastam di tempat kemasukan, ada tujuh tapi hanya satu berfungsi.

“Saya Menteri Kewangan dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) bawah saya , tapi takkanlah nak tunggu menteri turun baru tahu rosak, ini ada kelemahan dari segi maklumat kerana kalau belanjanya hanya sekitar beberapa juta, kita boleh luluskan segera.

“Saya percaya SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) tidak akan menyiasat kalau diluluskan segera kerana keadaan itu mendesak. Bayangkan saya dimaklum scanner itu rosak sejak tahun lalu.

“Jadi hal begini adakah nak salahkan pegawai di situ, mungkin dia lapor tapi ada sedikit kelemahan yang harus perbaiki, kerana kita mahu (beri) perkhidmatan terbaik,” katanya dipetik laporan BH.

Anwar berucap semasa Perjumpaan Bulanan Perdana Menteri bersama Warga Jabatan Perdana Menteri hari ini.

Bagaimanapun, Anwar merasakan tidak wajar untuk meletakkan kesalahan terhadap Kastam atas kelemahan yang berlaku.

“Apakah dengan kelemahan ini saya boleh secara umum menyerang kelemahan Kastam, saya tidak fikir wajar, kerana secara umumnya fungsinya baik.

“Tapi hal ini tidak boleh kita mungkiri kebenarannya, sebab itu kita kadang-kadang yang di atas harus turun dan terjun ke bawah untuk melihat sendiri kerana tidak boleh buat andaian semuanya baik.

“Tapi mestilah tujuannya baik untuk perbaiki, bukan sekadar mencari salah ataupun mengecam apalagi kalau diberi gambaran umum,” katanya.

Perdana Menteri berkata, usaha bersama keseluruhan rakyat diperlukan dalam mengangkat darjat dan martabat negara.

“Saya tahu tidak mudah seperti mana kita lazim faham dalam politik ada pembenturan idea dan persaingan kuasa. Penjawat awam dan barisan pimpinan Jemaah Menteri bertekad untuk melaksanakan dengan sedaya upaya perubahan.

“Tapi saya faham perubahan ini ambil masa, saya juga ditegur kerana sedikit keras, kurang sabar tetapi bagi rakyat yang susah menderita dengan sistem yang sudah bobrok, tidak fikir kita harus tunggu terlalu lama,” katanya.

Semalam dalam lawatan ke KLIA, Anwar memberi jaminan siasatan rapi akan dibuat terhadap isu membabitkan kakitangan Imigresen di KLIA khususnya dakwaan wujud salah laku dan amalan rasuah.

Secara umumnya, Anwar berkata penugasan kakitangan jabatan imigresen itu di pintu masuk utama negara itu berjalan dengan baik dan agensi itu juga memberi respon sangat baik dan positif, terutama terkait perkara berbangkit sejak beberapa hari lalu ini.

Berita berkaitan
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
24 jam lalu· Isu semasa
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024· Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024· Isu semasa
Popular
[KEMAS KINI] Kes baharu semakin tinggi melepasi 13,000
July 15, 2021
Adibah Noor meninggal dunia, Muhyiddin ucap takziah kepada keluarga
June 19, 2022
SPRM sahkan mungkin panggil Tengku Zafrul: Laporan
February 18, 2023
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok