PKP: PM pun tak beraya dengan anak cucu walau dalam satu negeri

May 13, 2021 · Isu semasa

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini turut berkongsi perasaan sedih kerana tidak dapat menyambut Aidilfitri bersama anak menantu dan cucunya, walaupun berada dalam satu negeri, susulan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara.

Beliau yang mengimamkan solat Aidilfitri di rumahnya di Bukit Damansara dan dihadiri isteri, ahli keluarga dan pembantu rumah mengakui suasana hari raya kali ini berbeza daripada biasa.

Katanya, penularan Covid-19 dan kewujudan varian baharu dengan kadar jangkitan yang lebih tinggi membantutkan aktiviti dan rutin harian semua pihak.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin membaca khutbah selepas selesai mengimamkan solat sunat Aidilfitri di rumahnya di Bukit Damansara, pagi tadi. – Gambar FB Perdana Menteri

“Tahun ini, sekali lagi kita terpaksa menyambut Aidilfitri di rumah sendiri seperti tahun lalu. Sudah pasti saya seperti ibu bapa yang lain merasa sedih pada pagi Syawal ini kerana tidak dapat bersama anak-anak dan menantu serta cucu kerana mereka dari lain daerah walaupun berada di Kuala Lumpur.

“Sedih dan sayu juga apabila takbir raya tahun ini hanya disahut jemaah yang terdiri daripada ahli keluarga, bukan seperti di masjid atau surau seperti mana sambutan sebelum wabak ini melanda negara. Saya akui memang amat sukar untuk menahan perasaan ketika bertakbir dengan hanya bertemankan beberapa makmum,” kata Perdana Menteri dalam laman Facebook rasmi beliau hari ini.

Bagaimanapun Muhyiddin mengingatkan umat Islam di Malaysia supaya bersyukur kerana masih dapat meraikan Aidilfitri dalam keadaan tenang tanpa ada pergolakan, sedang negara lain diuji dengan ujian getir.

“Saya terkenangkan nasib rakyat Palestin yang pastinya tidak dapat meraikan Aidilfitri, dibedil kediaman mereka oleh jet-jet dan roket-roket rejim Israel.

“Sungguh besar ujian yang terpaksa mereka tempuhi tatkala umat Islam yang lain sibuk merayakan Aidilfitri. Maka sama-samalah kita mendoakan agar Allah pelihara dan lindungi saudara kita di Palestin,” katanya.

Berita berkaitan
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024· Politik
Ideologi yang berbeza,hala tuju yang tidak jelas Kerajaan Perpaduan
January 1, 2024· Rencana
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Popular
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Helikopter terhempas di Bidor, juruterbang terbunuh: Polis
September 12, 2022
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok