Pihak berkuasa mula siasat kes helikopter jatuh di Bidor

September 13, 2022 · Isu semasa

Biro Siasatan Kemalangan Udara dan Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah memulakan siasatan di kawasan kejadian helikopter Eurocopter EC120B yang terhempas di Hutan Simpan Chikus dekat Bidor pada Ahad, bagi mengenal pasti punca nahas mengorbankan juruterbang helikopter terbabit.

Sebelum ini, pihak berkuasa melaporkan sistem radar Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (KLATCC) merekodkan kehilangan ketinggian mendadak oleh helikopter membawa seorang juruterbang yang kemudian terputus hubungan sebelum dilaporkan hilang di kawasan hutan sekitar Bidor.

Ketua Polis Perak Datuk Mohd Yusri Hassan Basri berkata justeru, kawasan tersebut kini dikawal rapi bermula hari ini, dan bangkai helikopter ini kemudiannya akan diserahkan kepada pemilik untuk tindakan selanjutnya selepas siasatan selesai.

“Bedah siasat ke atas mangsa nahas telah dijalankan pada 9 pagi tadi di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB),” katanya menurut Bernama.

Mohd Yusri berkata pihaknya dimaklumkan bahawa isteri mangsa masih berada di luar negara dan dijangka akan tiba dalam masa terdekat.

Media melaporkan mayat juruterbang, Tsz Kin Richard Chan, 58, warganegara Hong Kong ditemukan pasukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di bahagian kokpit helikopter pada Isnin.

Pada Ahad, helikopter jenis Eurocopter milik syarikat swasta itu terputus hubungan pada kira-kira jam 12.16 tengah hari, dengan lokasi terakhir dilaporkan di sekitar kawasan hutan dekat Bidor.

Sebelum ini, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengesahkan bahawa sebuah helikopter jenis Eurocopter EC120B, dengan pendaftaran N409HH yang dikendalikan oleh Heli Outpost Sdn Bhd gagal dihubungi oleh KLATCC pada jam 12.16 tengah hari.

Juruterbang helikopter berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, Selangor pada jam 11.37 pagi untuk penerbangan persendirian dan dijadualkan mendarat pada 12.37 tengah hari di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah, Ipoh.

Berita berkaitan
Kes bunuh tiga warga Sri Lanka: Polis buru dua suspek
3 jam lalu· Isu semasa
Saya pun tak berani hurai al-Quran tapi dia berani, Sanusi bidas MP DAP bukan Islam
September 23, 2023· Politik
Petik ayat al-Quran gesa sokong kerajaan, MP DAP bukan Islam disiasat
September 22, 2023· Politik
Pegawai Timbalan Menteri KPDN lapor polis berhubung video tular harga barang
September 21, 2023· Isu semasa
Popular
Ribuan peniaga diramal gulung tikar ekoran kenaikan harga bahan mentah: Laporan
September 20, 2023
Ringgit dibuka menghampiri RM4.70 berbanding dolar
September 22, 2023
Kes bunuh tiga warga Sri Lanka: Polis buru dua suspek
September 23, 2023
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Peningkatan mangsa banjir di Sabah dan Perak
3 jam lalu · Isu semasa
Polis Perak rampas dadah RM1.5 juta, lima orang ditangkap
September 22, 2023 · Isu semasa
Ringgit dibuka menghampiri RM4.70 berbanding dolar
September 22, 2023 · Isu semasa
Banjir Perak: Jumlah mangsa dipindah meningkat pagi ini
September 22, 2023 · Isu semasa
Nasib Syed Saddiq diketahui 9 Nov, dibebas atau disabit empat pertuduhan
September 21, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Penamaan calon PRK Pelangai selesai, PN hadapi saingan 3 penjuru
14 jam lalu
[VIDEO] MP DAP ‘celupar’ tafsir Al-Quran bukti kerajaan bawa fahaman liberal
September 23, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok