Perikatan Nasional ucap selamat Hari Raya

April 22, 2023 · Isu semasa

Perikatan Nasional (PN) mengucapkan Selamat Menyambut Aidilfitri kepada umat Islam Malaysia, sambil mengingatkan supaya terus bersatu padu bagi menentukan masa depan negara yang lebih berjaya.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Aidilfitri merupakan hari kemenangan untuk umat Islam setelah sebulan berpuasa sambil melaksanakan ibadah-ibadah sunat yang dituntut, serta menahan diri daripada melakukan perkara-perkara yang ditegah.

“Semoga Allah SWT menerima amalan kita di sepanjang Ramadan, mengampuni dosa-dosa kita dan seterusnya menjadikan kita insan yang lebih baik,” katanya dalam kenyataan malam tadi (21 April 2023), sempena Aidilfitri yang disambut umat Islam Malaysia hari ini.

Pada masa sama Ahli Parlimen Pagoh itu turut mengingatkan umat Islam supaya tidak sesekali melupakan insan yang kurang bernasib baik.

“Pada yang dalam perjalanan pulang ke kampung halaman, hati-hati memandu, sentiasa berwaspada dan utamakanlah keselamatan di jalan raya.

“Saya doakan anda semua tiba di kampung halaman dalam keadaan yang selamat. Insya-Allah. Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin,” kata Presiden Bersatu itu.

Sementara itu, Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin turut mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Menyambut Aidilfitri kepada umat Islam.

“Insya-Allah apa yang telah pun berlaku dalam negara kita adalah merupakan sesuatu yang Allah telah tunjukkan kepada kita semua. Bahawa kita telah pun berjaya dalam bulan Ramadan ini melakukan ibadah dengan baik sekali.

“Alhamdulillah saya bersyukur kerana apa pun rakyat Malaysia masih lagi sama-sama untuk melihat kejayaan negara yang akan lebih baik selepas ini.

“Yang penting kepada kita adalah untuk kita meraikan kejayaan kita pada bulan Ramadan dan kejayaan kita itu membuktikan bahawa kita kaum satu umat Islam negara ini akan terus bersatu untuk menentukan masa depan kita yang lebih berjaya.

“Marilah kita sama-sama berdoa agar negara ini akan menjadi sebuah negara yang dihormati oleh semua. Bukan hanya dalam Malaysia, tetapi seluruh dunia,” katanya.

Beberapa pemimpin PN, Timbalan Pengerusi PN yang juga Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang turut membuat ucapan sama.

Sementara itu, PN turut memohon maaf kerana slot takbir raya PN yang sepatutnya disiarkan TV3 telah dibatalkan pada saat-saat akhir.

Mengikut jadual, takbir raya PN sepatutnya disiarkan pada jam 10.20 malam tadi, tetapi pada jam 10.11 malam iaitu kurang 10 minit daripada siaran, pihak TV3 memaklumkan pembatalan tersebut secara rasmi.

Bagaimanapun, takbir raya PN yang dipimpin Muhyiddin boleh diikuti di Facebook Perikatan Nasional.

Dalam kesempatan ini juga, kakitangan Agenda Daily turut mengucapkan Selamat Menyambut Aidilfitri kepada semua umat Islam.

Berita berkaitan
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024· Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024· Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024· Politik
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024
AUKU tetap tak dimansuhkan, janji manifesto PH tak ditunaikan
March 16, 2023
Pakar ekonomi jangka OPR naik dua kali lagi, mungkin naik bayaran pinjaman
August 13, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
42 minit lalu · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok