Pengurus bank sahkan RM1 juta diterima Sharir daripada Najib

August 11, 2022 · Isu semasa

Seorang pengurus bank, hari ini, memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa Tan Sri Shahrir Ab Samad menerima sekeping cek bernilai RM1 juta daripada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, sembilan tahun lalu.

Pengurus Cawangan Ambank (M) Berhad, Jalan Raja Chulan, R Uma Devi, 43, yang mengesahkan perkara itu berkata, cek itu dikeluarkan oleh Najib sendiri atas nama bekas Pengerusi FELDA berkenaan pada 27 November 2013 dan ‘clear’ (lulus) pada keesokan harinya, lapor Bernama.

Beliau berkata demikian semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Rasyidah Murni Azmi pada perbicaraan kes bekas Ahli Parlimen Johor Bahru itu, yang berdepan pertuduhan gagal mengisytiharkan RM1 juta yang diterima daripada Najib kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

“Berdasarkan salinan penyata bank Datuk Seri Najib, baki wang untuk bulan November 2013 adalah berjumlah RM48,273,239.26, manakala baki yang tinggal pada 30 November 2013 adalah RM36,922,068.26. Pada 28 Nov 2013, terdapat pengeluaran berjumlah RM1 juta daripada akaun itu,” kata saksi pendakwaan ke-12 itu.

Bagaimanapun, Uma Devi berkata, akaun bank milik Najib itu, yang dibuka pada 31 Julai 2013, ditutup pada 9 Mac 2015 atas sebab yang tidak dinyatakan.

“Baki dalam akaun itu bersama dua lagi akaun beliau yang lain ialah sebanyak RM103,361.17 dikeluarkan menerusi cek atas nama Ihsan Perdana Sdn Bhd,” katanya.

Shahrir, 72, didakwa membabitkan diri dalam pengubahan wang haram dengan tidak melaporkan pendapatan sebenar dalam borang cukai pendapatan yang bertentangan dengan Seksyen 113(1)(a) Akta Cukai Pendapatan 1967, iaitu tidak mengisytiharkan pendapatan diterima daripada Najib berjumlah RM1 juta melalui sekeping cek yang kemudian dimasukkan ke dalam akaun bank miliknya.

Beliau didakwa melakukan perbuatan itu di LHDN Cawangan Duta, Kompleks Pejabat Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Halim, di sini pada 25 April 2014, mengikut Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001, yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM5 juta atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin bersambung 5 September ini.

Berita berkaitan
Kes saman fitnah: Ramasamy sudah bayar Zakir RM1.52 juta
December 1, 2023· Politik
Najib mohon DNAA bagi tiga lagi pertuduhan membabitkan kes dana SRC
December 1, 2023· Politik
Isu pertalian dengan komunis, tiga pemimpin DAP saman MP Kepala Batas
November 29, 2023· Politik
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
November 29, 2023· Isu semasa
Popular
Laporan Wahab dakwa Agus buat gangguan seksual disiasat polis
December 1, 2023
Bekas ADUN DAP disabit kes rogol lantik Hisyam Teh ketuai pasukan pembelaan
December 1, 2023
Penganggur didakwa edar dadah Methamphetamine lebih 10 kg
December 1, 2023
Banjir di Johor: 538 orang dipindahkan ke PPS, paras sungai naik
December 1, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Remaja cuba samun pemandu e-hailing didakwa esok
2 jam lalu · Isu semasa
Dakwaan gangguan seksual dihadapi Wahab, polis akan panggil beberapa individu
2 jam lalu · Isu semasa
Laporan Wahab dakwa Agus buat gangguan seksual disiasat polis
19 jam lalu · Isu semasa
Banjir di Johor: 538 orang dipindahkan ke PPS, paras sungai naik
December 1, 2023 · Isu semasa
Penganggur didakwa edar dadah Methamphetamine lebih 10 kg
December 1, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Tuan Guru Hadi di Grand Finale PRK Kemaman
7 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Radzi Jidin di Grand Finale PRK Kemaman
9 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok