Pengunjung patuh SOP Covid-19, bazar Ramadan 2022 meriah semula

April 4, 2022 · Isu semasa

Bazar Ramadan tahun ini kembali meriah setelah beberapa prosedur operasi standard (SOP) dilonggarkan, menyusul hari ketiga negara memasuki fasa peralihan ke endemik bermula Jumaat lalu (1 April 2022).

Biarpun hujan di beberapa negeri, ia tidak membantutkan keterujaan orang ramai mencari juadah untuk berbuka pada hari pertama puasa semalam (3 April), namun pengunjung tetap mematuhi protokol kesihatan, terutama memakai pelitup muka di tempat awam.

Memetik tinjauan Bernama kebanyakan pengurusan bazar Ramadan masih mengekalkan SOP, seperti imbasan MySejahtera, selain ada yang menggunakan sistem tiket untuk mengawal jumlah kemasukan pengunjung.

Bazar Ramadan Jalan Raja Alang di Kampung Baru di sini mula dibanjiri pengunjung seawal jam 4 petang dan mereka masih membeli-belah walaupun terpaksa meredah hujan sekitar 5 petang.

Kebanyakan peniaga juga berharap perniagaan mereka mendapat sambutan lebih baik tahun ini susulan kelonggaran yang diumumkan kerajaan baru-baru ini.

Di PUTRAJAYA, orang ramai mula berbaris seawal jam 4 petang di Bazar Ramadan Presint 3 berhampiran Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dengan dikawal anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) di tiga pintu masuk bazar itu.

Bagi memudahkan pengunjung, Perbadanan Putrajaya (PPj) menyediakan risalah menu serta pelan susun atur gerai yang boleh dilayari di laman Facebook dan Instagram rasmi PPj.

Tinjauan Bernama mendapati pada tahun ini, anak kecil turut dibenarkan memasuki kawasan bazar Ramadan selain setiap pengunjung diberikan pas khas yang perlu dipulangkan ketika mereka meninggalkan kawasan itu.

Di JOHOR, kehadiran pengunjung dari Singapura memeriahkan lagi Bazar Ramadan Taman Suria susulan pembukaan semula sempadan negara tiga hari lepas sekali gus menyaksikan keadaan jalan raya sesak di luar bazar itu.

Di TERENGGANU, hujan tidak menjejaskan operasi Bazar Ramadan di Dataran Syahbandar, Kuala Terengganu.

Seorang kakitangan awam Khairul Ridzuan Fauzi, 30, berkata bazar Ramadan kali ini lebih meriah berbanding tahun lepas namun dia tetap mengambil langkah berjaga-jaga dengan mematuhi SOP dan memilih untuk tidak ke gerai yang dikerumuni pelanggan kerana bimbang penularan Covid-19.

Di KEDAH pula, difahamkan sebanyak 181 gerai menjual makanan dan minuman beroperasi dari 3 petang hingga 7 malam sepanjang bulan Ramadan ini di Bazar Stadium Darul Aman, Alor Setar.

Seorang pengunjung Irma Shahila Osman, 39, berkata keluarganya teruja untuk membeli juadah berbuka di bazar Ramadan selepas dua tahun ia tidak diadakan di Negeri Jelapang Padi itu.

“Hari ini memang sengaja tak masak kerana nak tengok makanan apa yang dijual di sini. Memang lain perasaan bila sampai di sini kerana sudah dua tahun tiada bazar Ramadan, jadi memang rindu suasana macam ini,” katanya.

Di KELANTAN, laluan keluar masuk di Bazar Ramadan Taman Bendahara, Pengkalan Chepa, Kota Bharu dikawal rapi oleh petugas RELA bagi memastikan pengunjung mematuhi SOP ditetapkan.

Peniaga roti tempayan Mustakim Mat Daud, 37, berkata dia bersyukur kerana dapat kembali berniaga di bazar Ramadan selepas dua tahun terhenti akibat pandemik Covid-19.

“Sebelum ini saya jual roti tempayan pada harga RM3 tetapi tahun ini, saya terpaksa menaikkan harga sedikit memandangkan bahan mentah juga agak mahal,” katanya.

Berita berkaitan
Berpuasa tetapi berat badan bertambah? Di mana silapnya?
April 21, 2023· Isu semasa
Muhyiddin ucap selamat berpuasa
March 22, 2023· Isu semasa
Umat Islam mula puasa esok
March 22, 2023· Isu semasa
Buka kantin walaupun pelajar bukan Islam tak ramai: Menteri Pendidikan
March 22, 2023· Isu semasa
Popular
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Hutang Kerajaan Persekutuan meningkat sebanyak RM100.2 bilion setakat 2021
February 16, 2023
Orang ramai dinasihati waspada penyamaran dan penipuan melalui WhatsApp
December 7, 2023
Pelabur asing rekod jualan bersih minggu lepas: MIDF
December 11, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
2 jam lalu · Isu semasa
Ringgit dibuka rendah RM4.67 berbanding dolar
6 jam lalu · Isu semasa
Pelabur asing rekod jualan bersih minggu lepas: MIDF
6 jam lalu · Isu semasa
KBS akan beri penjelasan padang Bukit Jalil rosak minggu depan, kata menteri
December 9, 2023 · Isu semasa
Mat Sabu kata bekalan bawang negara mencukupi
December 9, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Setahun Anwar Ibrahim perdaya rakyat dengan janji politik
December 9, 2023
[VIDEO] Dr Sam angkat sumpah Ahli Parlimen Kemaman
December 8, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok