Pengeluaran bulanan pesara, hanya libat sebahagian simpanan : KWSP

July 7, 2023 · Isu semasa

Susulan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam berkait cadangan pengeluaran bulanan bagi pesara yang mencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), agensi itu menjelaskan ia hanya melibatkan sebahagian simpanan ahli.

Sementara baki simpanan itu boleh dikeluarkan secara penuh, kata Jabatan Hal Ehwal Korporat KWSP.

Kata agensi itu lagi, langkah itu bagi mengelakkan kemiskinan hari tua selain untuk mengagihkan pendapatan yang lebih tetap sepanjang tempoh persaraan.

“KWSP mengambil pendekatan pragmatik dan praktikal terhadap cadangan penambahbaikan polisi, seterusnya mengimbangi keperluan ahli semasa dengan keperluan untuk mengekalkan kecukupan simpanan selepas bersara.

“KWSP akan memaklumkan sebarang perubahan berkaitan polisinya kepada ahli yang terlibat sebelum perubahan ini berkuat kuasa,” kata agensi itu dalam satu kenyataan.

KWSP juga sedang mempertimbangkan mekanisme pencen dalam usaha membantu ahli memiliki pendapatan pasca persaraan yang lebih stabil.

“Cadangan ini seiring dengan usaha semasa KWSP dalam menggalakkan ahli untuk memilih pengeluaran bulanan berkala berbanding pilihan pengeluaran penuh,” katanya.

Semalam, Anwar menyatakan kerajaan tidak keberatan dengan cadangan pengeluaran secara berkala atau bulanan bagi pesara KWSP sebagai mandatori.

Dalam pada itu, KWSP berkata proses menguatkuasa mekanisme pengeluaran berkala ini sedang diteliti yang akan mengambil kira keupayaan dan kesiapsiagaan ahli bagi melakukan transisi ini.

Namun katanya, cadangan itu akan melibatkan perubahan generasi yang mengambil masa agak lama sebelum dikuatkuasakan.

“KWSP percaya bahawa transisi ini adalah perlu berikutan peningkatan purata jangka hayat rakyat Malaysia daripada 54 tahun pada 1957 kepada 75 tahun hari ini.

“Purata jangka hayat ini dijangka meningkat di masa hadapan di mana rakyat Malaysia akan hidup lebih lama dalam tempoh persaraan. KWSP akan terus menggalakkan ahli untuk menukar secara sukarela kepada pilihan pengeluaran bulanan ini,” katanya.

Sebelum ini, Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan dilaporkan berkata pihaknya sedang mempertimbang untuk menjadikan pengeluaran secara berkala atau bulanan bagi pencarum yang mencecah usia persaraan 55 tahun sebagai mandatori untuk ahli baharu.

Berita berkaitan
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024· Isu semasa
Pesara tentera lesap RM125,000 ditipu ‘phone scam’
December 5, 2023· Isu semasa
MOF tak benarkan pengeluaran KWSP bersasar kerana jejas simpanan persaraan
November 24, 2023· Isu semasa
Tiada KWSP bersasar, Wan Saiful bidas kerajaan angkuh tak dengar rintihan rakyat
October 24, 2023· Isu semasa
Popular
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024
Ketua Pengarah KPPA sah ditamatkan khidmat, kata Zuki
December 13, 2022
47 kematian, kes aktif naik semula
November 24, 2021
Tuah busana 7 Puteri Ulek Mayang
December 13, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
3 jam lalu · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok