Pemimpin berintegriti, jujur dan amanah: Sultan Selangor

October 21, 2022 · Isu semasa

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini (Jumaat, 21 Oktober 2022) mengingatkan pemimpin yang tidak menegakkan nilai integriti, jujur dan amanah, sebaliknya mahukan kuasa dan mencari kekayaan dunia, akan menjadi pengkhianat rakyat dan negara.

Baginda juga menegaskan bahawa pemimpin sedemikian akan terjerumus dalam kemunafikan dan kemaksiatan dengan melakukan salah laku, termasuk rasuah dan salah guna kuasa.

Sehubungan itu, baginda menyeru rakyat, khususnya umat Islam, agar menghayati dan memahami intipati Khutbah Jumaat yang disampaikan oleh khatib di masjid-masjid seluruh Selangor hari ini bertajuk “Pemimpin dan Negara”.

Senada dengan khutbah berkenaan, Baginda turut mengingatkan bahawa pemimpin yang hanya mahukan kuasa dan mencari kekayaan dunia akan menjadi perosak dan pengkhianat kepada rakyat dan negara.

“Sesungguhnya pemimpin yang tidak menegakkan nilai integriti, kejujuran dan amanah akan menyebabkan pemimpin itu sendiri terjerumus ke dalam aktiviti bersifat kemunafikan dan kemaksiatan seperti mengamalkan amalan rasuah, salah guna kuasa, pecah amanah dan menyebarkan fitnah yang mengakibatkan kerosakan sebuah kehidupan bermasyarakat dan bernegara.

“Integriti adalah kepatuhan kepada prinsip-prinsip beragama, nilai dan norma sejagat dan etika yang kuat. Insan terbaik yang sangat kita cintai, iaitu junjungan besar Nabi kita Muhammad SAW, Baginda telah menonjolkan dirinya sebagai ikon hamba Allah yang berintegriti tinggi, sehingga dikenali dengan gelaran ‘al-Amin’, iaitu ‘yang sangat dipercayai’ dalam kalangan masyarakat Islam ketika itu,” titah baginda lagi.

Baginda bertitah integriti berlandaskan nilai-nilai Islam yang berpaksikan kepada kekuatan akidah, syariah dan akhlak adalah penyelesaian terbaik kepada kerosakan dan kemelut yang berlaku dalam diri, organisasi dan negara hari ini.

Sultan Sharafuddin bertitah demikian dalam satu kenyataan yang dikeluarkan menerusi Facebook Selangor Royal Office, hari ini.

Baginda juga menegaskan bahawa pemimpin yang khianat, menipu dan menyalahgunakan kuasa untuk mengumpul kekayaan diri pasti akan dibenci oleh rakyat dan dikutuk oleh Allah SWT kerana boleh menjahanamkan negara.

“Rosaknya pemimpin maka rosaklah negara ibarat kata pujangga “jika keruh air di hulu, maka keruhlah ia di hilir.

“Sedarlah wahai pemimpin, janganlah kamu menjadi pengkhianat terhadap amanah yang diberikan,” titah baginda menerusi kenyataan itu.

Sultan Sharafuddin bertitah pada masa yang sama, pemimpin yang jujur dan amanah pastinya seorang pemimpin yang bukan sahaja jujur kepada orang lain, bahkan pada diri sendiri.

Berita berkaitan
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024· Isu semasa
Kerajaan sedar tak rakyat sedang tertekan hari ini? soal Senator UMNO
December 13, 2023· Isu semasa
Spekulasi rombakan Kabinet Anwar esok?
December 11, 2023· Politik
Sultan Ibrahim berangkat bertemu Sultan Selangor dan Sultan Perak
October 28, 2023· Isu semasa
Popular
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
MB Perlis cerai isteri talak satu
August 25, 2022
PN akan terus desak caruman KWSP bersasar dibenarkan
March 16, 2023
Benar ke Najib kontak rapat Covid-19, tapi kereta berderet depan rumah
December 7, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok