Peguam Najib mohon padam separuh pernyataan saksi

October 26, 2021 · Isu semasa

Pasukan pembelaan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mengemukakan bantahan terhadap lebih separuh daripada pernyataan saksi bertulis bekas pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atas alasan ia sebagai pendapat dan kesimpulan mengenai kes pengubahan wang haram berjumlah RM9.5 juta yang dihadapi peguam itu.

Menurut laporan Bernama, Peguam Harvinderjit Singh yang mewakili Muhammad Shafee memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa pembelaan mendapati 33 daripada 51 perenggan pernyataan Syed Nasrul Fahmi Syed Mohamad perlu dipadam kerana dakwaan unsur prejudis.

“Pernyataan saksi ini mengandungi 13 muka surat dan terdapat 51 perenggan. Saya membuat pemohonan supaya 33 perenggan daripada pernyataan saksi ini dibuang kerana beliau bukan pakar undang-undang untuk memberi keterangan-keterangan sedemikian,” kata Harvinderjit di hadapan Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin.

Beliau membuat bantahan itu sebelum Syed Nasrul Fahmi, yang merupakan saksi ketujuh pendakwaan, memberi keterangan.

Semasa prosiding itu, Harvinderjit membacakan beberapa perenggan dan menegaskan bahawa pernyataan Syed Nasrul Fahmi seolah-olah menunjukkan bahawa saksi itu telah mendapati anak guamnya (Muhammad Shafee) bersalah, sesuatu yang hanya boleh dilakukan oleh seorang hakim.

“Agak pelik apabila seseorang membaca pernyataan saksi. Kelayakan saksi adalah dalam perakaunan dan bukan undang-undang, namun dia memberi pendapat tentang tafsiran peruntukan Akta Cukai Pendapatan. Itu pendapat undang-undang dan orang yang boleh memberi pendapat undang-undang adalah Yang Arif,” kata peguam itu.

Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Afzainizam Abdul Aziz berkata isu yang dibangkitkan pihak pembelaan sangat serius.

“Sekiranya mahkamah memutuskan tidak memihak kepada kami, bermakna kami tidak boleh menggunakan pernyataan saksi sama sekali. Jika dipadam, ia akan menjejaskan bukti yang akan dikemukakan oleh pihak pendakwaan. Kami membantah bantahan itu dan ingin menanganinya terlebih dahulu pada tarikh lain,” kata TPR.

Selepas mendengar hujah kedua-dua pihak, Hakim Muhammad Jamil mencadangkan saksi itu membacakan pernyataannya terlebih dahulu pada sesi akan datang supaya pihak pembelaan dapat menunjukkan di mahkamah perenggan yang mereka ingin padamkan.

Perbicaraan bersambung 8 Dis.

Pada 13 Sept 2018, Muhammad Shafee mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan menerima wang hasil kegiatan haram berjumlah RM9.5 juta melalui dua cek dikeluarkan oleh bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang dimasukkan ke dalam akaun CIMB Bank Berhad miliknya.

Beliau didakwa menerima cek RM4.3 juta pada 13 Sept 2013 dan RM5.2 juta pada 17 Feb 2014.

Peguam itu juga berdepan dua pertuduhan terlibat dalam transaksi hasil daripada aktiviti haram iaitu mengemukakan penyata tidak betul dan bertentangan dengan perenggan 113(1)(a) Akta Cukai Pendapatan 1967 bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Dis 2013 dan 31 Dis 2014.

Berita berkaitan
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024· Politik
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024· Politik
Isteri Tun Daim cabar kesahihan pertuduhan SPRM di Mahkamah Tinggi
March 5, 2024· Isu semasa
Popular
BNM dijangka naikkan OPR 25 mata asas lagi bulan depan
October 21, 2022
Kenali pereka kasut, Jimmy Choo
November 6, 2021
Harga roti Gardenia naik 1 Disember
November 25, 2021
Banjir: Tiga beradik maut kena renjatan elektrik di Kelantan
December 19, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok