OPR dijangka naik 25 mata asas lagi, kata firma

July 4, 2023 · Isu semasa

Bank Negara (BNM) dijangka mengumumkan kenaikan kadar dasar semalaman (OPR) sebanyak 25 mata menjadi 3.25 peratus, kata sebuah firma.

Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB) dalam nota penyelidikan yang dikeluarkan hari ini berkata ramalan kenaikan OPR itu dibuat mengambil kira situasi semasa ekonomi dan kewangan negara, ia menjelang mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) yang akan diadakan pada Khamis ini.

Mesyuarat MPC tersebut menentukan sama ada OPR akan dikekalkan pada 3.00 peratus atau menaikkan kadar faedah lagi seperti yang pernah dilakukan sebelum ini pada 3 Mei lalu.

Ketua penyelidik Malaysia dan ekuiti serantau, Anand Pathmakanthan berkata ini berikutan tinjauan Kadar Dana Persekutuan (FFR) yang disemak, serta ringgit lemah yang membimbangkan mendorong BNM minggu lepas menyatakan secara terbuka akan campur tangan dalam pertukaran pasaran asing untuk “menstabilkan’ mata wang tempatan.

Beliau menambah berdasarkan unjuran Jun, FFR boleh mencapai 5.625 peratus menjelang akhir tahun, membayangkan dua pusingan lagi kenaikan 25 mata asas.

“Walaupun peningkatan 125 mata asas dalam OPR daripada nilai terendah semasa pandemik sebanyak 1.75 peratus, dan tarikan berkaitan pulangan simpanan tetap yang meningkat (nisbah CASA industri memuncak pada 32.9 peratus pada April 2022 dan sejak itu menurun kepada 28.9 peratus pada Mei 2023; ia adalah 26.5 peratus pada Dis 2019).

“Jurang dengan hasil dividen purata pasaran Bursa sebanyak 4.5 peratus kekal melebar, ia kemudiaan meningkat dengan gabungan aliran tunai bebas korporat yang berdaya tahan dan pasaran turun penarafan yang kini mempunyai dagangan KLCI sebanyak 12 kali harga hadapan berbanding nisbah pendapatan (PER),” katanya dalam nota hari ini.

Anand berkata pilihan raya negeri yang dijangkakan berlangsung pada Ogos, diikuti pembentangan Bajet 2024, bermakna separuh kedua 2023 akan kekal mencabar untuk membina semula daya tarikan pasaran – pelabur mungkin diberi peluang terbaik untuk mendapatkan kedudukan dalam saham dividen defensif untuk sekurang-kurangnya mendapatkan hasil pulangan.

“Senarai pilihan dividen kami yang disaring, dengan lima peratus hingga sepuluh peratus hasil tunai, termasuk MBM Resources Bhd, Allianz Malaysia Bhd, RHB Bank Bhd, Tenaga Nasional Bhd, Gas Malaysia Bhd, Sime Darby Bhd, Sentral Real Estate Investment Trust ( REIT), Axis REIT, MISC Bhd dan Malakoff Corp Bhd,” katanya lagi.

Untuk rekod, pengumuman kadar OPR pada 3 peratus yang diumumkan BNM lalu merupakan kenaikan kali kelima sejak Mei 2022.

Pada Mei tahun lalu, kadar OPR naik 2.0 peratus, diikuti Julai 2.25 peratus, September naik kepada 2.50 peratus dan November kepada 2.75 peratus.

Berita berkaitan
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024· Isu semasa
Ringgit menyusut dibuka paras RM4.70 berbanding dolar
January 17, 2024· Isu semasa
Kejatuhan nilai ringgit, Mat Maslan kata didorong faktor luaran
October 23, 2023· Isu semasa
Pegawai penyiasat 1MDB beri keterangan esok dalam kes pengubahan wang haram Najib
October 11, 2023· Isu semasa
Popular
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024
Saman ibu model warga Belanda dibunuh akan dibicarakan
December 7, 2022
Ke mana masa depan ekonomi orang Melayu?
June 25, 2023
Cukai terhadap produk bergula mampu bantu atasi masalah diabetes
November 15, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok