Nahas Elmina: Saksi dengar bunyi letupan, nampak mangsa rentung

August 17, 2023 · Isu semasa

“Saya terdengar bunyi letupan yang sangat kuat dan sebaik tiba di lokasi, saya nampak seorang mangsa terbakar rentung dalam keadaan terbaring,” kata saksi insiden pesawat jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1) yang terhempas di Elmina, di sini hari ini.

Menurut Nur Alia Nordin, 28, semasa kejadian beliau berada dalam rumah di Kampung Kubu Gajah sebelum dikejutkan dengan bunyi letupan kuat menyebabkan beliau segera berlari keluar rumah untuk melihat punca bunyi tersebut, menurut laporan Bernama.

“Saya nampak asap hitam dari lokasi kejadian iaitu tiga kilometer dari rumah dan terus bergegas ke tempat kejadian yang hanya mengambil masa tiga minit.

“Sebaik tiba, saya nampak sebuah motosikal dan pesawat sedang terbakar,” katanya kepada Bernama di lokasi kejadian di sini hari ini.

Tinjauan Bernama sekitar 4.21 petang mendapati pasukan penyelamat serta pihak berkuasa sudah berada di lokasi kejadian dan media tidak dibenarkan masuk ke lokasi kejadian.

Setakat ini, Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan 10 orang maut dalam insiden berkenaan.

Berita berkaitan
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024· Isu semasa
Laporan awal nahas Elmina: Objek asing tidak ditemui di komponen enjin
September 15, 2023· Isu semasa
Nahas di Elmina: Polis rakam percakapan 10 individu saksi
August 26, 2023· Isu semasa
SPR umum PRK Pelangai pada 7 Oktober
August 24, 2023· Politik
Popular
Rakyat Malaysia terbabit kumpulan Al-Shabaab di Somalia kena 15 tahun
September 24, 2021
Baik buruk media sosial
March 26, 2022
PDRM nafi akaun TikTok milik Ayob Khan
March 29, 2023
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
12 jam lalu · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
12 jam lalu · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok