Menteri sambut pelancong dari China gesa petugas imigresen ditambah di KLIA

January 24, 2023 · Isu semasa

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya menyarankan supaya jumlah petugas di kaunter imigresen ditambah, selain memperluaskan penggunaan sistem pengecaman wajah bagi meningkatkan kecekapan prosedur pemeriksaan imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Menterinya, Datuk Seri Tiong King Sing sebelum ini dilapor media menyambut ketibaan pelancong dari China dengan meriahnya di KLIA baru-baru ini, ia bersempena Tahun Baharu Cina.

Tiong berkata usaha itu penting bagi mengatasi masalah tempoh menunggu lama berikutan bilangan pelancong ke Malaysia semakin meningkat.

“Sistem pengecaman wajah yang digunakan Jabatan Imigresen juga perlu diperluas kepada semua pelawat antarabangsa, bukan sahaja terhad kepada mereka yang mempunyai pas jangka panjang bagi memudahkan proses pelepasan.

“Jika Malaysia ingin mengalu-alukan kedatangan pelancong dan menjadikan negara ini sebagai destinasi pilihan yang berdaya saing, kita perlu menyelesaikan masalah ini dengan kadar segera,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut kenyataan itu Tiong meninjau proses ketibaan pelancong di KLIA dan mendapati pelancong  terpaksa beratur panjang malah menunggu hampir dua jam bagi pemeriksaan imigresen.

Selain itu, beliau turut mencadangkan pihak berkuasa KLIA untuk menempatkan petugas yang mempunyai kemahiran pelbagai bahasa bagi membantu memudahkan pelancong ketika melalui prosedur pemeriksaan imigresen.

Berita berkaitan
Dengar cerita warga China sertai MM2H layak dapat PR, dakwa MP Masjid Tanah
December 16, 2023· Politik
Bursa dibuka rendah, pasaran lemah
December 7, 2023· Isu semasa
Sindiket pasport terbang berjaya ditumpaskan Imigresen Johor
December 5, 2023· Isu semasa
Pengecualian visa 30 hari akan tingkatkan pelancong China: King Sing
December 5, 2023· Isu semasa
Popular
Harga roti Gardenia naik 1 Disember
November 25, 2021
Radzi arah KSU lapor SPRM dakwaan Zaharin
October 17, 2022
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok