Makin kurang individu ambil dos penggalak, Covid belum berakhir

January 1, 2023 · Isu semasa

Jumlah individu yang mengambil suntikan dos penggalak vaksin Covid-19 sejak kebelakangan ini amat rendah berbanding enam atau setahun lalu, walaupun pandemik Covid-19 masih belum tamat.

Keadaan ini membimbangkan pakar perubatan kerana orang ramai yang sekarang ini tidak lagi memakai pelitup muka atau melaksanakan langkah penjarakan sosial, dilihat seolah-olah lupa bahawa virus itu masih boleh menjangkiti.

Untuk rekod, sejak dos penggalak mula diperkenalkan kepada rakyat Malaysia pada November 2021 hingga semalam (31 Disember 2022) lebih 12.27 juta individu telah menerima suntikan dos penggalak pertama, manakala 633,319 lagi menerima dos kedua.

Purata dalam sehari seramai 270 individu menerima suntikan dos penggalak pertama, dan sehingga 1,400 dos penggalak kedua.

Mengikut rekod Kementerian Kesihatan (KKM) keseluruhannya sehingga semalam, lebih 28.12 juta penduduk Malaysia menerima dos pertama, dan lebih 27.53 juta menerima suntikan dos pertama.

Sehubungan itu, Presiden Persatuan Hospital Swasta, Datuk Dr Kuljit Singh, berkata sambutan ke atas kempen dos penggalak amat rendah berbanding enam bulan atau setahun lalu, walaupun orang ramai boleh hadir tanpa janji temu di beberapa klinik swasta.

Katanya, sejak beberapa bulan lalu, kepentingan untuk mengambil dos penggalak juga tidak terlalu ditekankan oleh media dan kerajaan.

“Tiga bulan kebelakangan ini, semuanya seakan dilupakan… banyak yang sudah tidak memakai pelitup muka, tiada penjarakan sosial, malah penggunaan cecair sanitasi di tempat awam juga sudah jarang diamalkan.

“Di minda orang ramai, pandemik sudah berakhir, maka langkah pencegahan yang selama ini diambil sudah mula diabaikan,” katanya menurut BH.

Dr Kuljit, berkata varian baharu COVID-19 akan tetap ada walaupun kawalan diperketat di setiap pintu masuk sempadan.

“Mereka perlu bertanggungjawab terhadap diri sendiri dan tidak boleh terlalu bergantung kepada kerajaan untuk melakukan semua perkara.

“Apa yang penting adalah orang ramai melakukan amalan kawalan kendiri. Jika semua orang mengambil tanggungjawab menjaga diri sendiri, virus ini tidak akan tersebar,” katanya.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024
Anwar bidas PM berhubung kelonggaran kepada pemimpin UMNO di Melaka
November 1, 2021
Ketua Pengarah KPPA sah ditamatkan khidmat, kata Zuki
December 13, 2022
47 kematian, kes aktif naik semula
November 24, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
17 jam lalu · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok