Kes saman fitnah Naz Empire RM3 juta terhadap Awal Ashaari dibicara

July 12, 2022 · Isu semasa

Kes saman fitnah antara Naz Empire Sdn. Bhd. dengan personaliti televisyen, Awal Ashaari akan diteruskan melalui perbicaraan di Mahkamah Tinggi.

Awal Ashaari atau nama sebenarnya, Ahmad Awaluddin Ashaari selaku defendan disaman Naz Empire pada 13 November 2020 lalu kerana menfitnah mereka berhubung kerja-kerja pengubahsuaian di kediaman selebriti tersebut.

Perbicaraan itu akan dijalankan selepas kedua-dua pihak gagal mencapai persetujuan agar kes saman itu diselesaikan melalui mediasi.

Peguam Sareekha Roslyna Mohd. Rosly yang mewakili plaintif memberitahu wakil media, tarikh perbicaraan akan ditetapkan pada sesi pengurusan kes selanjutnya di hadapan Hakim Datuk Ahmad Bache secara dalam talian pada 4 Ogos ini.

“Plaintif dan defendan gagal mencapai persetujuan melalui proses mediasi kerana kedua-dua pihak tidak bersetuju dengan terma-terma penyelesaian yang dikemukakan,” katanya dipetik laporan Utusan Malaysia.

Hari ini berlangsung sesi pengurusan kes di hadapan Timbalan Pendaftar A. Shaarmini secara dalam talian.

Awal Ashaari diwakili oleh peguam Hamizah Sobree.

Sareekha turut memaklumkan, pihak-pihak telah memfailkan dokumen perbicaraan termasuk pernyataan saksi.

Ujarnya plaintif akan mengemukakan keterangan dua saksi termasuk Pengarah Naz Empire, Azrianna Alyssa Azmil manakala Awal akan memberikan keterangan selaku defendan.

Pada 7 Julai 2021, Mahkamah Tinggi di sini mencadangkan supaya kes saman fitnah itu diselesaikan secara baik dan dirujuk ke Pusat Mediasi.

Mahkamah juga membatalkan saman terhadap dua lagi defendan, Nawal Yasmin Mat Noh dan Muhammad Hilmi Zulkifli selepas plaintif memfailkan notis untuk tidak meneruskan saman terhadap mereka kerana penyelesaian telah dibuat di luar mahkamah.

Dua rakan kongsi perniagaan atas nama SomethingBorrowed By Nawal Enterprise itu ialah Nawal Yasmin dan Muhammad Hilmi.

Naz Empire dalam pernyataan tuntutannya mendakwa, Nawal Yasmin dan Muhammad Hilmi didakwa sering berkongsi siaran-siaran gambar atau video berkaitan ubah suai atau dekorasi rumah dalam laman media sosial Instagram mereka @houseofsix.my.

Syarikat itu mendakwa kerja-kerja pengubahsuaian dimulakan selepas defendan pertama (Awal) membayar deposit sebanyak RM100,000 menerusi dua transaksi pada Ogos 2019 dan sekitar 3 September 2019.

Plaintif mendakwa, defendan menyatakan beliau mahukan ‘sky roof’ dan tambahan tingkap di dapur rumah baharunya itu.

Ini menyebabkan plaintif memberi sebut harga baharu kepada defendan pertama untuk kos pengubahsuaian sebanyak RM7,500.

Dakwa plaintif, Awal secara tiba-tiba menimbulkan pelbagai isu dan menyatakan ketidakpuasan hati terhadap hasil atau kualiti kerja plaintif.

Awal juga didakwa memberhentikan syarikat terbabit daripada terus membuat kerja pengubahsuaian serta meminta memulangkan semula wang deposit sebanyak RM100,000.

Plaintif mendakwa, Awal telah memulakan siri fitnah secara berterusan terhadapnya dalam laman sosial Instagram dan Facebook miliknya serta telah memuat naik satu siaran fitnah melalui siaran YouTube di pautan dengan nama pentas ‘SchaAwal’ bagi tujuan sama.

Ekoran itu, Naz Empire mengemukakan saman fitnah berjumlah RM3 juta terhadap Awal kerana didakwa menjatuhkan imej, jenama dan reputasi syarikat serta pemilik syarikat terbabit di media sosial.

Berita berkaitan
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
3 jam lalu· Politik
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024· Politik
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Isteri Tun Daim cabar kesahihan pertuduhan SPRM di Mahkamah Tinggi
March 5, 2024· Isu semasa
Popular
Minyak botol vs minyak peket
July 20, 2022
Bekas ketua hakim negara cemas di kandang saksi, lapor Bernama
April 12, 2021
Skandal LCS: TLDM kalah bertempur sejak awal, kata bekas panglima
August 15, 2022
PN akan terus desak caruman KWSP bersasar dibenarkan
March 16, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok